ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Bukan Calang-Calang, Toyota Dedah Toyota Yaris M Concept, Enjin Turbo 2.0L Dipasang Tengah-Tengah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota sekali lagi berjaya mencuri perhatian para pengunjung pada pameran Tokyo Auto Show 2025 baru-baru ini, apabila syarikat tersebut mendedahkan sebuah prototaip Toyota Yaris M Concept yang mana rangkaian kuasanya dipasang di bahagian tengah enjin.

image.pngimage.png

Selain posisi enjin diubah, enjin G16E-GTS 1.6 liter tiga-silinder turbo asal GR Yaris ini juga dikatakan telah digantikan dengan enjin turbo 4-silinder 2.0 liter.

image.png

Biarpun, setakat ini Toyota masih belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai tahap hamburan kuasa Toyota Yaris ini namun rata-rata laporan automatif Jepun menyatakan enjin 4-silindernya mampu menghasilkan kuasa setakat 395 hp manakala model perlumbaannya pula menghasilkan kuasa 592hp. 

image.png

Melihat kepada bilangan silinder dan susun atur enjinnya, ramai yang membuat spekulasi bahawa prototaip khas ini sebagai unit uji kaji untuk model prestasi enjin pertengahan Toyota yang akan datang.

image.png

Ada kemungkinan besar ia adalah  pengganti MR2 yang dilaporkan akan tiba pada 2026. 

Menurut kenyataan rasmi Toyota, GR Yaris M Concept telah direka untuk "meneroka potensi GR Yaris," dengan berlumba menggunakan rangkaian kuasa yang dipasang di tengah enjin dalam Siri Super Taikyu yang akan datang di Jepun.

“M’ dalam Konsep M datang dari ‘M’ dalam Morizo, yang merupakan nama gelaran pengerusi Toyota, Akio Toyoda. Beliau yang mencadangkan pasukan menukar enjin turb baharu ini,” katanya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQE4498

SELANGOR

BSL671

JOHOR

JYN2750

PULAU PINANG

PRW7341

PERAK

APD4887

PAHANG

CFE5001

KEDAH

KGD5032

NEGERI SEMBILAN

NEH9637

KOTA KINABALU

SJP3703

KUCHING

QAB7805M

Terakhir Kemas Kini 22 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Global

03-12-2025
Global

22-11-2025
Berita Auto

05-11-2025
Global

30-10-2025
Global

29-10-2025
Global

27-10-2025
Global

21-10-2025
Global

14-10-2025

Berita Terkini

Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Kesatuan Eropah 'Ubah Fikiran', Batal Pengharaman Kereta Petrol & Diesel

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mengambil langkah mengejutkan dengan menarik balik sasaran agresif mereka untuk mengharamkan sepenuhnya kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2035.

18-12-2025
Global

Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne.

17-12-2025
Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.