ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Sony Afeela 1 Sudah Boleh Ditempah, Maaf Belum Masuk Malaysia Lagi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sony Honda Mobility Inc. (SHM) mendedahkan model pertamanya di bawah jenama Afeela, Afeela 1, sudah boleh ditempah, dimana ia dijual pada harga bermula daripada RM404,000.

Afeela 1 ini akan dihasilkan di kilang Ohio, California, Amerika Syarikat manakala penghantarannya hanya akan bermula selewat-lewatnya 2026 nanti.

Ia ditawarkan dalam dua varian dengan harga  bermula daripada US$89,900 (RM404,000) manakala varian pula bermula daripada  US$102,900 (RM463,000). 

image.png

Apa yang diketahui setakat ini, Afeela 1 dilengkapi dengan ADAS dimana terdapat 40 sensor, hadir dengan kemampuan pemprosesan 800 TOPS dan akan menggunakan rangkaian pengecasan Tesla Supercharging.

Bahagian kabin pula, terdapat pelbagai ciri canggih seperti bantuan arahan suara yang membolehkan si pemandu memberikan arahan untuk mengawal fungsi kenderaan manakala setiap tempat duduk didatangkan dengan satu skrin yang mengandungi pelbagai aplikasi.

Selain itu, terdapat juga sistem pembatalan hingar namun varian Signature didatangkan dengan roda yang lebih besar,a da sistem infotainment di bahagian belakang dan sistem pemantauan kamera (C-CMS). 

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan permukaan minimalis, manakala bahagian dalam mengikut konsep "Oval",serta  menggabungkan ciri-ciri kecanggihan dengan keselesaan. 

Difahamkan, 70% bahagian dalamannya menggunakan bahan kitar semula dan bahan itu turut digunakan di bahagian casis badan kenderaan.

image.pngimage.png

Afeela EV bakal membawakan tetapan dua motor elektrik tunggal, setiap satu berkuasa 241 hp, diikuti dengan pek bateri lithium-ion 91.0 kWh.

Sedan ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150 kW, dan pengecasan AC 11 kW.

Ia hadir dalam tiga warna: Tidal Gray, Calm White dan Core Black. 

image.png

Afeela 1 pemanduan belah kanan ini juga akan dieksport ke pasaran Jepun pada tahun depan dan adakah ia akan dibawa masuk ke Malaysia?

Ia masih menjadi tanda soal!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD6523

SELANGOR

BSR1576

JOHOR

JYB3682

PULAU PINANG

PSD3271

PERAK

APJ4170

PAHANG

CFG8716

KEDAH

KGG6573

NEGERI SEMBILAN

NEK7359

KOTA KINABALU

SJS5531

KUCHING

QAB580P

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.