ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda Civic Facelift 2025 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM144K Sahaja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Malaysia melancarkan secara rasminya Honda Civic Facelift  2025, sebentar tadi.

Honda Civic facelift ini hadir dalam 4 varian:

Honda Civic E = RM133,900

Honda Civic V = RM144,900

Honda Civic RS = RM149,900

Honda Civic RS  e: HEV = RM167,900

Bagi model facelift ini, ada beberapa penambahbaikan yang dibuat Honda Malaysia.

Antaranya ialah, bahagian hadapannya kini lebih tajam manakala penampilan hadapannya dilihat lebih lebar.

Varian e:HEV RS menampilkan sambungan girl hadapan dan dilengkapi dengan rim aloi matte grey bersaiz 18 inci.

IMG_9372.JPG

Varian Petrol RS pula hadri dengan aksen jeriji berwarna  hitam bagi menonjolkan ciri sportynya.

Kesemua varian hadir dengan sambungan lampu belakang berwarna  hitam dimana ia meningkatkan lagi reka bentuk modennya manakala varian RS menerima lambang RS baharu.

Dari segi luarannya sahaja, ia sudah memberi bayangan bahawa Honda Civic Facelift ini agak agresif berbanding pendahulunya.

Mengenai kabinnya, kesemua varian hadir dengan skrin infotainment bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, ada port  USB Type C.

IMG_9377.JPGIMG_9375.JPG

Bagi varian RS, terdapat pengecas wayarles manakala model e:HEV RS menerima skrin TFT 10. 2 inci dan kad kunci.

Mengenai trenkuasanya, Honda Civic Facelift ini hadir dalam dua trenkuasa di mana e:HEV RS dikuasakan dengan enjin e:HEV 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa setakat 185 PS dan tork 315 Nm.

Enjinnya dipadankan dengan  Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT) yang mana ia menawarkan prestasi hibridnya yang lebih hebat.

Sementara itu, varian petrol RS pula disumbat dengan enjin 1.5 liter VTEC turbocharga yang mampu menghasilkan kuasa setakat 182 PS dan tirk 240Nm. 

Mengenai ciri-ciri keselamatannya, kesemua  Honda Civic Facelft ini hadir dengan Honda Sensing yang menawarkan pelbagai ciri keselamatan seperti: 

1.     Low Speed Follow (LSF) 

2.     Lead Car Departure Notification System (LCDN) 

3.     Adaptive Cruise Control (ACC)

4.     Forward Collision Warning (FCW)

5.     Collision Mitigation Braking System (CMBS)

6.     Lane Keep Assist System (LKAS)

7.     Road Departure Mitigation (RDM)

8.     Lane Departure Warning (LDW)

9.   Auto High Beam (AHB)

IMG_9380.JPG

Bagi yang berminat, Honda Civic ini hadir dalam lima warna. Untuk kali pertama, ia hadir dalam warna Canyon River Blue Metallic, selain  Platinum White Pearl*1, Ignite Red Metallic*1, Meteoroid Gray Metallic, dan Crystal Black Pearl.

Honda Civic baharu kini secara standard hadir dengan penapis filem solar.

Untuk keterangan lanjut, layari www.honda.com.my.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQD6251

SELANGOR

BSK8460

JOHOR

JYM7844

PULAU PINANG

PRW5639

PERAK

APD3739

PAHANG

CFE4586

KEDAH

KGD4342

NEGERI SEMBILAN

NEH8960

KOTA KINABALU

SJP2851

KUCHING

QAB7425M

Terakhir Kemas Kini 16 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Kereta Baru

13-11-2025
Kereta Baru

03-10-2025
Berita Auto

17-07-2025
Kereta Baru

17-07-2025
Kereta Baru

01-07-2025
Berita Auto

10-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025
Kereta Baru

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.

05-12-2025
Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025
Kereta Baru

EV Pertama Perodua Dilancarkan, QV-E: Harga Cuma RM80,000

Perodua akhirnya melancarkan secara rasminya EV pertama mereka, QV-E ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

01-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.