Ini Dia SUV Elektrik Premium Tata Motors, Avinya X, Elegan Habis

Tata Motors India sudah bersedia untuk memasuki pasaran automotif premium apabila syarikat itu memperkenalkan konsep crossover elektrik baharu, yang dikenali sebagai Tata Avinya X Concept.
Model ini pada Auto Expo A 2025 yang sedang berlangsung di India dan difahamkan ia akan menjadi asas untuk barisan Avinya premium Tata yang akan datang.
Tata Motors bukanlah nama pertama mungkin terlintas di fikiran anda apabila anda memikirkan EV mewah premium, namun kereta konsep Avinya X baharu akan mungkin mengubah persepsi anda.
Ini kerana Avinya X dibangunkan berdasarkan platform EMA Jaguar Land Rover (JLR) baharu.


Walaupun tiada butiran khusus yang didedahkan pada platform baharu ini dan unit pemacu yang sesuai dengannya, namun apa yang pasti ia memberikan prestasi pemanduan yang baik, selain tahap keupayaan pemanduan off-road.
Dari segi bateri, Tata menjanjikan EV baharu ini akan mempunyai julat EV maksimum melebihi 480 KM, sambil menyertakan ciri EV standard seperti pengecasan terbalik kenderaan ke muatan (V2L) dan kenderaan ke kenderaan (V2V)
Selain itu, apa yang membuatkan Avinya X kelihatan mewah adalah disebabkan reka reka bentuknya kerana pasukan reka bentuk Tata telah berjaya menjadikan konsep ini kelihatan berbeza daripada model Tata semasa yang lain.



Ia menampilkan rupa yang lebih moden dan minimalis selain muka hadapannya hadir tanpa gril, ada bar LED tipis, garis bumbung sporty gaya coupe dengan cermin depan tirus, pemegang pintu jenis tersembunyi, roda dua tona besar dan banyak lagi.
Buat masa ini, Tata Motors tidak mendedahkan tarikh kemunculan tepat untuk versi pengeluaran konsep radikal Tata Avinya X ini.

Apa yang pasti ialah SUV EV yang akan datang ini akan menggunakan rangkaian kuasa EV dan teknologi bateri yang sama seperti EV Jaguar dan Land Rover.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing
Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.
24-02-2026
CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover
PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.
06-08-2025
Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun
Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.
10-10-2024
EV Harga Myvi! EV Tiago Dijual Dari RM48K! Ini Spesifikasinya...
Tata Motors telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) baharu pada harga marhaen, EV Tiago.
04-10-2022
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

