Kurang Setahun Di Malaysia, Lebih 7,000 Unit Jaecoo J7 Didaftarkan Tahun Lalu

Belum genap setahun beroperasi di Malaysia, jenama automotif premium di bawah Chery, Jaecoo, telah menunjukkan pencapaian yang luas biasa setelah mendafarkan sebanyak 7,041 unit SUV Jaecoo J7.
Infrastruktur & Kilang CKD Jadi Kunci Kejayaan


Kejayaan Jaecoo Malaysia ini banyak dibantu oleh kehadiran rangkaian pengedaran yang luas serta kemudahan infrastruktur yang mantap. Salah satu penyumbang utama ialah pembukaan kilang pemasangan tempatan (CKD) di Shah Alam pada pertengahan 2024. Kilang ini memainkan peranan penting dalam penghasilan semua model Jaecoo untuk pasaran Malaysia, termasuk Jaecoo J7 dan Omoda C9.
Baca: Chery Malaysia Rasmi Kilang Di Shah Alam, Pengeluaran SUV Off-Road Jaecoo J7 Bermula
Anugerah Untuk Pengedar Terbaik


Sebagai tanda penghargaan kepada rangkaian pengedarnya, Jaecoo Malaysia baru-baru ini mengadakan majlis anugerah pengedar yang pertama untuk mengiktiraf 12 pengedar terbaik. Pemenang dinilai berdasarkan jumlah jualan dengan penyertaan daripada pengedar di Lembah Klang, utara dan selatan.
Anugerah utama, ‘Pengedar Terbaik Tahun Ini’, dimenangi oleh Auto Galaksi Sdn Bhd dari Johor. Antara pengedar lain yang menerima pengiktirafan ialah Gagner Auto Sdn Bhd, ES Premium Holdings Sdn Bhd, Luxury Legend Sdn Bhd, Siang Hin (KL) Sdn Bhd, Apple Autotech Sdn Bhd, Kluster Automobile Sdn Bhd, Carshen Sdn Bhd, AAW Nexus Sdn Bhd, BH Premium Auto (M) Sdn Bhd, Indah Utara Enterprise Sdn Bhd dan Tropical Impact Auto Sdn Bhd.
Baca: Jaecoo Buka Pusat Pengedaran Di Kota Kinabalu, Sabah
Jaecoo Malaysia Komited Untuk Memberikan Yang Terbaik

Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek, menyatakan penghargaan kepada pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap jenama tersebut.
“Kami komited untuk terus menyediakan kenderaan terbaik dalam kelasnya bersama pengalaman pemilikan premium,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa pengiktirafan ini juga menunjukkan peranan penting rangkaian pengedar dalam kejayaan keseluruhan jenama.
“Kami akan terus memperluaskan rangkaian pengedaran sejajar dengan misi kami untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang terbaik,” katanya lagi.
Rancangan Masa Depan: Pelancaran J7 PHEV
Bagi meneruskan momentum kejayaan J7, Jaecoo Malaysia merancang untuk memperkenalkan J7 PHEV pada Februari 2025. Sempena pelancarannya, model ini akan menjalani cabaran perjalanan sejauh tiga negara ASEAN, iaitu Singapura, Thailand dan Malaysia, dengan hanya satu tangki penuh dan cas bateri.




Sebelum ini, model J7 PHEV telah diuji di China, di mana ia berjaya mencatatkan jarak perjalanan sejauh 1,300 km dari Guangzhou ke Wuhu hanya dengan satu tangki dan pengecasan penuh.
Jom baca artikel pandu uji Jaecoo J7 kami di sini: [PANDU UJI SULUNG] Jaecoo J7 PHEV: Gabungan EV & ICE Yang Luar Biasa, Boleh Capai 1,300 KM?

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge