- Berita
- Kereta Baru
- Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran – Dari RM315,800, Prestasi Kini Lebih 'Menggerunkan'
Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran – Dari RM315,800, Prestasi Kini Lebih 'Menggerunkan'

Eksekutif UMWT yang diketuai oleh Presiden Datuk Ravindran K (kedua dari kiri) bersama Toyota GR Yaris 6MT 2025 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang awal hari ini.
Sempena penutupan Toyota Gazoo Racing Malaysia (TGR Malaysia) musim ketujuh di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan pelancaran model terkini GR dan GR Sport bagi tahun 2025, iaitu GR Yaris dan GR Corolla yang telah diberikan nafas baharu, masing-masing ditawarkan di pasaran pada harga RMRM315,800 dan RM367,000.
GR Yaris 2025 Kini Lebih Agresif Dengan Prestasi Yang ‘Menggerunkan’


GR Yaris 2025, yang telah dipertontonkan buat pertama kalinya di KLIMS 2024, tampil dengan reka bentuk luaran lebih segar. Versi terbaru ini menggunakan bampar hadapan dan belakang yang direka semula serta pilihan warna baharu, Precious Metal. Selain itu, susun atur kabin kini lebih tertumpu kepada kemudahan pemandu, dengan aksesibiliti dan sudut pandangan lebih baik.

Di sebalik hud, model ini dipasangkan dengan enjin 1.6 liter turbo tiga silinder yang menghasilkan 296 hp (300 ps) dan 400 Nm, peningkatan sebanyak 38 hp (39 ps) dan 40 Nm daripada keluaran sebelumnya. GR Yaris turut menerima sistem AWD GR-Four yang dipertingkat dengan mod baharu seperti ‘Track’ dan ‘Gravel’, untuk pengalaman pemanduan lebih dinamik.

Casis GR Yaris 2025 juga telah diperkuatkan dengan tambahan kimpalan spot sebanyak 13% dan pelekat struktur sebanyak 24%. Suspensi turut dinaik taraf dengan triple point fastening untuk penyerap hentak serta spring hadapan dan belakang yang lebih keras. Dari segi keselamatan, pakej Toyota Safety Sense (TSS) kini ditawarkan secara standard, termasuk Dynamic Radar Cruise Control, Pre-Collision System dan Lane Tracing Assist.
GR Corolla 2025: Sentuhan Segar & Lebih Berkuasa


Sementara itu, GR Corolla 2025 juga menerima beberapa penambahbaikan, termasuk gril hadapan dengan saluran penyejuk yang lebih baik serta diffuser belakang berwarna hitam berkilat. Sama seperti GR Yaris, model ini dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbo tiga silinder dengan output 296 hp (300 ps) dan 400 Nm, digandingkan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan pakej pacuan semua roda GR-Four AWD.



Casis GR Corolla juga menerima pengukuhan tambahan melalui penggunaan bolt baharu untuk meningkatkan ketegaran badan. Titik pelekap atau mounting bagi trailing arm turut dinaikkan untuk mengurangkan kesan squat semasa pecutan dan meningkatkan kestabilan selekoh.
Harga & Jaminan
GR Yaris 2025 6MT kini ditawarkan di pasaran pada harga RM315,800, manakala GR Corolla 2025 6MT pada RM367,000, tidak termasuk insurans. Kedua-dua model ini disertakan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge