ECRL Bakal Diuji Sebelum Beroperasi

Fasa Ujian dan Pentauliahan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi jajaran fasa pertama dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor akan bermula Jun 2026.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
Ujian itu dilakukan untuk memastikan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027 bagi jajaran fasa pertama.
Menurutnya, set pertama daripada keseluruhan 11 set tren Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak untuk penumpang akan sampai di Malaysia menjelang akhir tahun ini.

"Lokomotif elektrik pertama daripada 12 unit lokomotif elektrik untuk pengangkutan kargo semasa pengoperasian ECRL, turut akan tiba di Malaysia menjelang akhir tahun ini.
"Tren EMU dan lokomotif yang pertama dijangka tiba sama ada November atau Disember tahun ini. Tren seterusnya akan tiba secara berperingkat dengan keseluruhannya pada tahun hadapan," katanya.
Difahamkan, semua kerja pemasangan landasan ECRL di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang akan diselesaikan menjelang akhir tahun ini.
"Pemasangan landasan sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu telah selesai pada 15 Jan tahun ini. Kerja pemasangan landasan sepanjang 100 km antara Maran dan Bentong akan bermula pada April ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Dalam perkembangan sama, kerja pengorekan Terowong Genting sepanjang 16.39 km, pula sudah mencapai jarak 14.3 km sejak ia dimulakan pada Jun 2022.
"Terowong Genting dijangka mencapai penembusan pada Mei tahun ini," katanya.
Kemajuan keseluruhan projek ECRL yang merangkumi empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor sudah mencapai 78.5 peratus setakat bulan lepas.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQD6353
SELANGOR
BSK8493
JOHOR
JYM7917
PULAU PINANG
PRW5654
PERAK
APD3748
PAHANG
CFE4593
KEDAH
KGD4350
NEGERI SEMBILAN
NEH8965
KOTA KINABALU
SJP2853
KUCHING
QAB7426M
Terakhir Kemas Kini 16 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf
Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) memohon maaf ekoran insiden struktur sementara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghempap sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan Plaza Tol Gombak, Selangor semalam.
19-11-2025
Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!
Seorang pemandu terselamat, selepas kereta dipandunya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL, di MRR2.
18-11-2025
Perkembangan Terkini, ECRL Fasa 1 Kelantan-Gombak Siap
Kerja-kerja sivil projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang jajaran dari Kelantan hingga ke Terminal Bersepadu Gombak sudah siap, baru-baru ini.
05-11-2025
Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi Suspek
Projek mega ECRL bernilai RM50 bilion berdepan risiko lewat siap gara-gara kecurian kabel akhirnya bakal menemui titik nokhtah memandangkan pihak polis kini giat memburu dalang utama Geng Musang bersama tiga lagi suspek.
18-09-2025
Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel
China Communications Construction Sdn Bhd (CCCECRL) mengakui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berisiko mengalami kelewatan susulan insiden kecurian kabel berterusan di sepanjang jajaran rel itu dari Temerloh ke Bentong, Pahang.
11-09-2025
Sambung ECRL Kota Bahru - Pasir Mas Masih Dalam Kajian, - Menteri Besar Kelantan
Nampaknya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Kementerian Pengangkutan masih mengkaji mengenai cadangan untuk menyambung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Pasir Mas.
23-07-2025
Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit
Kerajaan sedang meneliti langkah yang sesuai untuk menangani jenayah kecurian kabel ECRL.
17-07-2025
Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan
Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.
16-07-2025
Berita Terkini
Kenderaan Berat Dilarang Guna Jambatan Angkat, Ada Sebabnya!
Bermula 1 Januari depan, kenderaan berat seperti lori, treler serta bas pelancong tidak lagi dibenar menggunakan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
16-12-2025
Bahana Ambil Telefon Bimbit Terjatuh, Kereta Dipandu Masuk Parit
Tindakan seorang peniaga mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke bawah kerusi ketika memandu mengundang padah apabila keretanya yang dipandunya masuk parit.
16-12-2025
Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais
Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.
15-12-2025
Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak
Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.
15-12-2025
KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026
KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.
15-12-2025
Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.
15-12-2025
Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan
Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.
15-12-2025
Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk
Kerajaan tidak berhasrat untuk menaik taraf Lebuhraya Persekutuan kerana melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset.
15-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
