GWM Umum Nama Pemenang Cabaran Kecekapan Minyak "Drive Further, Win Bigger"

Pemilik Haval H6 dari Kelantan dinobatkan sebagai juara Cabaran Kecekapan Minyak ‘Drive Further, Win Bigger‘ selepas berjaya menamatkan pemanduan sejauh 1,204 km dengan hanya menggunakan satu tangki penuh.
Menerusi pemanduannya yang berhemah itu membuatkan Koh Hui Min berjaya memenangi kad petrol, dengan ganjaran bernilai RM 1 untuk setiap 1 km.
Ini bermakna, Hui Min berjaya membawa pulang kad petrol bernilai RM1,204.

Selain Hui Min, terdapat lima pemenang lain juga turut mencatatkan pemanduan jarak sehingga ribuan kilometer.
Berikut adalah senarai pemenang:
1. Koh Hui Min (1,204 km)
2. Lee Keat Teng (1,127 km)
3. Hasif Radzi (1,120 km)
4. Teh Harn Jian (1,102 km)
5. Tan Cheng Yang (1,101 km)
6. Mohd Syarizal bin Mohd Noor (1,077 km)
Untuk makluman, kempen yang hanya melibatkan para pemIlik Haval H6 sebenarnya bertujuan untuk menguji kemampuan SUV mereka.
Cabaran ini juga bertujuan untuk menunjukkan prestasi sebenar GWM HAVAL H6 HEV dalam keadaan pemanduan optimum, serta menguji had kecekapan bahan api.


Sementara itu, Pengarah Urusan GWM, Cui Anqi mengakui para pemilik juga agak teruja untuk menguji kemampuan luar jangkaan GWM HAVAL H6 HEV.
“Pencapaian luar biasa ini membuktikan kemampuan SUV hibrid ini untuk mencapai kecekapan bahan api yang lebih efisien tanpa mengabaikan prestasi kenderaan,” katanya.
Sejak pelancarannya pada Oktober 2024, GWM HAVAL H6 HEV kini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu SUV pilihan utama di Malaysia.
Ia menawarkan teknologi hibrid canggih, ruang kabin dan ruang but yang cukup luas,
GWM HAVAL H6 HEV yang hadir dengan kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motor elektrik mampu, menghasilkan output setakat 243 PS dan tork 530 Nm.
Dengan kadar kecekapan bahan api 5.8L/100km, SUV ini menawarkan perjalanan melebihi 1,000km dengan hanya menggunakan satu tangki penuh.

Bagi yang berminat untuk menyahut cabaran ini, anda boleh membuat penyertaan melalui https://forms.gle/TZM6QxHE9verxPVs5.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3625
SELANGOR
BST3575
JOHOR
JD4073J
PULAU PINANG
PSF2146
PERAK
APL1472
PAHANG
CFH5857
KEDAH
KGH7835
NEGERI SEMBILAN
NEL6328
KOTA KINABALU
SJT8259
KUCHING
QAB4874P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Berita Terkini
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan
PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat