ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

331775_Volvo_ES90_for_life_in_balance.jpg


Jenama Sweden milik Geely, Volvo, bersiap sedia untuk memperluaskan barisan model siri 90 generasi terkininya. Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90 pada November 2022, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.


Imej Acah Didedahkan – LiDAR di Bumbung Tarik Perhatian


341169_Volvo_ES90_teaser_image.jpg


Menjelang pelancarannya, Volvo telah mendedahkan beberapa imej acah ES90. Walaupun reka bentuk penuh masih dirahsiakan, beberapa elemen menarik dapat diperhatikan. Antaranya ialah sensor LiDAR yang besar di bumbung, sama seperti yang digunakan pada EX90 untuk sistem pemanduan pintar.


Dari segi rekaan, ES90 mengekalkan ciri ikonik Volvo seperti lampu LED ‘Thor’s Hammer’. Kemungkinan besar, ia turut akan menampilkan rekaan gril yang hampir serupa dengan EX90. Bahagian belakang pula menampilkan lampu baharu dengan rekaan terpisah, sedikit berbeza daripada gaya biasa Volvo.


Dibina atas Platform SPA2 – Dikuasakan oleh Teknologi Nvidia


331774_Volvo_ES90_for_life_in_balance.jpg


ES90 dibangunkan berdasarkan platform Scalable Product Architecture 2 (SPA2), sama seperti EX90. Lebih menarik, ia akan menjadi sedan pertama Volvo yang menampilkan sistem dwi Nvidia Drive AGX Orin, memberikan kapasiti pemprosesan teras tinggi. Teknologi ini juga akan ditawarkan pada EX90, dengan pemilik sedia ada boleh menaik taraf secara percuma.


Spesifikasi Kuasa – Dijangka Lebih Jauh dari EX90


341170_Volvo_ES90_teaser_image.jpg


Dari segi prestasi, ES90 dijangka menggunakan trenkuasa elektrik yang sama seperti EX90. Sebagai perbandingan, EX90 dilengkapi pek bateri  jenis NMC dengan kapasiti keseluruhan (kasar) 111 kWj atau kapasiti yang boleh digunakan (bersih) 107 kWj, dipadankan dengan dwi-motor berkuasa 402 hp dan tork 770 Nm.


ES90 juga dijangka menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC 250 kW, membolehkan pengecasan dari 10% ke 80% dalam hanya 30 minit. Dengan reka bentuk sedan yang lebih aerodinamik dan ringan, ES90 berpotensi menawarkan jarak pemanduan lebih jauh daripada 600 km yang ditawarkan EX90 di bawah kitaran WLTP.


Pelancaran Bulan Depan 


Semasa pelancarannya nanti, ES90 dijangka akan turut hadir bersama model pembakaran dalamannya (ICE), S90 yang telah dikemas kini secara menyeluruh. Kedua-duanya dijangka akan diperkenalkan secara serentak.

Nantikan perkembangan lanjut mengenai spesifikasi penuh serta perincian kedua-dua mode ini yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Baca: Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan

Baca: Volvo XC60 2026 Versi Facelift Diperkenalkan: Lebih Menawan, Canggih & Selesa





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6079

SELANGOR

BSU9023

JOHOR

JH1295J

PULAU PINANG

PSH2802

PERAK

APM7831

PAHANG

CFJ3602

KEDAH

KGJ7418

NEGERI SEMBILAN

NEM5341

KOTA KINABALU

SJV856

KUCHING

QAB9604P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-10-2026
Berita Auto

30-09-2026
Kereta Baru

15-09-2026
Kereta Baru

08-09-2026
Pandu Uji

08-03-2026
Global

22-01-2026
Kereta Baru

17-10-2025
Kereta Baru

30-09-2025

Berita Terkini

EV

Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?

04-11-2026
EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.