ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zeekr-x-Lynk-&-Co.jpg


Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co. Entiti baharu ini akan dikenali sebagai Zeekr Group, dengan Zeekr memiliki 51% kepentingan, manakala baki 49% dikawal oleh Geely.


Matlamat Penggabungan 


Melalui penggabungan ini, Zeekr Group berharap dapat mewujudkan sinergi lebih baik antara kedua-dua jenama, terutamanya dalam pengurusan sumber bagi pembangunan sistem perisian, rangkaian kuasa elektrik (e-powertrain) dan rantaian bekalan EV.


Zeekr-Group.jpeg


Selain itu, langkah ini juga dijangka dapat mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak 10-20%, sekali gus mempercepatkan usaha bagi memenuhi aspirasi syarikat untuk menjadi peneraju penyelesaian mobiliti tenaga baharu di peringkat global.


Pendekatan "Satu Pasaran, Satu Strategi"


Zeekr-7X-EVSUV-2.JPG2025-Lynk-Co-02-1011-9-1536x1152.jpg


Zeekr 7X (kiri) dan Lynk & Co 02 (kanan)


Seperti kebanyakan penggabungan lain, langkah ini turut melibatkan penyelarasan operasi dan penstrukturan semula dalam aspek pengurusan perniagaan dan jualan di peringkat antarabangsa.


Menariknya, syarikat ini turut mendedahkan bahawa beberapa operasi pasaran akan mengikuti prinsip “satu pasaran, satu strategi”, iaitu pendekatan jualan dan pemasaran akan disesuaikan mengikut keperluan serta permintaan pengguna di pasaran tempatan. 


Zeekr & Lynk & Co Kekal Dengan Identiti Tersendiri


Walaupun kini berada di bawah satu kumpulan yang sama, Zeekr Group menegaskan bahawa kedua-dua jenama ini akan terus mengekalkan identiti masing-masing yang mana Zeekr akan beroperasi sebagai jenama yang lebih mewah, dengan tumpuan terhadap model elektrik dan hibrid bersaiz sederhana hingga besar.


Sementara itu, Lynk & Co pula akan menawarkan produk elektrifikasi premium yang lebih pelbagai, termasuk EV bersaiz kecil hingga hibrid bersaiz sederhana.


Sasaran Jualan & Pelancaran Model Baharu


Dari segi sasaran perniagaan, Zeekr Group berhasrat untuk menjual 710,000 unit kenderaan, dengan pecahan 320,000 unit untuk Zeekr dan 390,000 unit untuk Lynk & Co. Selain itu, syarikat ini juga merancang untuk membuka lebih 200 bilik pameran di peringkat antarabangsa.


Terdapat juga laporan awal bahawa Zeekr akan menerajui pembangunan teknologi EV dan kenderaan berhubung (connected vehicle), namun hasil penyelidikan tersebut akan dikongsi antara kedua-dua jenama.


Lima Model Baharu, Malaysia Mungkin Termasuk Dalam Senarai


Zeekr-007-GT-China-3.jpgZeekr-007-GT-China-1.jpg


Zeekr 007 GT


Tahun ini, Zeekr Group merancang untuk memperkenalkan lima model baharu, yang termasuk tiga model daripada Zeekr dan dua lagi daripada Lynk & Co.


Antara model yang telah disahkan ialah wagon elektrik, Zeekr 007 GT dan SUV Lynk & Co 900. Selain itu, beberapa model khas untuk pasaran antarabangsa seperti Zeekr 7X juga dijangka memasuki pasaran luar China, termasuk Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ6151

SELANGOR

BST8114

JOHOR

JE4681J

PULAU PINANG

PSF6548

PERAK

APL5631

PAHANG

CFH7695

KEDAH

KGJ1759

NEGERI SEMBILAN

NEL9174

KOTA KINABALU

SJU1845

KUCHING

QAB5848P

Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
EV

02-02-2026
Berita Auto

22-12-2025
Kereta Baru

22-08-2025
Global

15-08-2025
EV

18-07-2025
EV

17-02-2025

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.