ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kilang Bateri EV, Telefon Bimbit Di Melaka 90% Musnah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

kilang-bateri-ev-terbakar_1.png


Hampir 90% struktur sebuah kilang pemprosesan bateri telefon bimbit dan kenderaan elektrik (EV) di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di Melaka musnah dalam kebakaran semalam. 


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.50 tengah hari, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Sebanyak 30 anggota bomba dari lima balai, termasuk BBP Tangga Batu, Cheng, Melaka Tengah, Ayer Keroh, dan Alor Gajah, dikerahkan untuk memadam kebakaran. 


kilang-bateri-ev-terbakar_2.pngkilang-bateri-ev-terbakar_3.png


JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 12.51 tengah hari sebelum menghantar jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan water tanker ke lokasi. Operasi pemadaman diteruskan sehingga jam 5 petang bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya.


Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin, mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kilang tersebut. 


Langkah ini bagi memastikan operasi kilang mematuhi undang-undang dan tidak membahayakan penduduk sekitar.

Sumber: HM

Baca: Malaysia Mampu Main Peranan Penting Dalam Pengeluaran Bateri EV & Kitar Semula E-Waste

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG7644

SELANGOR

BSF5929

JOHOR

JYA7360

PULAU PINANG

PRR5993

PERAK

ANW7929

PAHANG

CFC2093

KEDAH

KGA9823

NEGERI SEMBILAN

NEG2748

KOTA KINABALU

SJL3626

KUCHING

QAB5319L

Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.14

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.81

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.01

+0.07

Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kilang Bateri EV RM1.9 Bilion Dibina Di Kedah

EVE Energy Co Ltd, telah mengumumkan majlis pecah tanah bagi kilang pembuatan terbaharunya di Kulim, Kedah.

11-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

S60, S90 Habis Dijual, ES90 Pula Bakal Menyusul Tetapi EM90 Tak Masuk Malaysia, Harap Maklum!

VCM mengesahkan bahawa model sedan S60 dan S90 sudah habis dijual setakat ini manakala selepas ini ES90 bakal menyusul di pasaran tempatan tidak lama lagi.

21-06-2025
Berita Auto
Berita Auto

Tegur Fasal Motor Banyak Kali, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi

Seorang remaja memukul warga emas sehingga maut dipercayai angkara dendam dengan mangsa yang menegurnya banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya.

20-06-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan

Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.

20-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Berita Auto

Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.

20-06-2025
Berita Auto

Baru 4 Jam Hujan, Shah Alam Dah Banjir

Kejadian banjir di Shah Alam juga menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sejak 6.30 pagi tadi.

20-06-2025
Berita Auto

Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik

Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.

20-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.