Li Auto i8 Bakal Buat Penampilan Sulung Di China Tapi Bukan Sekarang

Imej pertama Li Auto i8 baharu telah mula tersebar meluas di China sekali gus memberi gambaran ia adalah model SUV elektrik pertama jenama itu.
Dikhabarkan i8 akan didedahkan pada akhir tahun ini dan menjadi model elektrik kedua selepas Li Auto Mega EV MPV.

Sebagai model Flagship, Li i8 menandakan kemasukan rasmi jenama itu ke dalam segmen EV.
Sekilas pandang, Li i8 kelihatan seperti Li Mega EV MPV, memandangkan kedua-dua model ini berkongsi reka bentuk bahagian hadapan yang sama.
Namun, Li i8 sebenarnya menggunakan reka bentuk bampar hadapan yang sama seperti kembarnya, Li Auto L8, yang merupakan model utama dalam barisan kenderaan elektrik REEV.

Foto kedua pula mendedahkan bahawa bahagian belakang Li i8 j kelihatan agak serupa dengan Mega MPV kerana dilengkapi dengan lampu belakang LED penuh jenis lebar.
Malah, Li i8 juga menampilkan gaya badan SUV yang lebih konvensional dengan fender lebih lebar serta jarak kelegaan tanah yang agak tinggi.
Sementara itu, sensor LiDAR yang dipasang di bumbung menunjukkan bahawa model ini akan menggunakan beberapa keupayaan pemanduan autonomi.


Setakat ini, tiada gambar dalaman Li i8 yang disiarkan oleh pembuat kereta itu, tetapi CarNewsChina melaporkan bahawa EV SUV itu mendapat kabin berteknologi tinggi yang sama seperti kembar yang menggunakan enjin petrol.
Antara kelengkapan yang terdapat pada jentera ini adalah skrin bersaiz 15.3 inci jenis berkembar, ada paparan Hud dan banyak lagi.

Malah, masih belum diketahui susun atur tempat duduk untuk Li i8, tetapi memandangkan dimensinya yang besar yang menjangkau lebih lima meter panjang dan persamaannya yang hampir dengan Li L8, kami menjangkakan SUV elektrik ini akan hadir dengan susun atur tiga barisan tempat duduk.
Ada kemungkinan besar ia akan menawarkan enam tempat duduk demi keselesaan penumpang.
Selain itu, CarNewsChina juga ada melaporkan bahawa Li i8 akan menggunakan modul kuasa SiC yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap, selesa dan lebih cekap berbanding SUV elektrik yang lain.
Sekali lagi, tiada angka terperinci diberikan, tetapi apa yang pasti SUV elektrik ini akan menyokong keupayaan pengecasan pantas sehingga 5C.
Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, SUV Li Auto i8 EV akan membuat penampilan sulungnya pada penghujung tahun ini, di mana ia akan menjadi model pertama di bawah barisan EV i-siri baharu pembuat kereta itu.
Dlam SUV elektrik seperti i6 dan i7 juga akan didedahkan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
