Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Walaupun penerimaan pasaran terhadap teknologi sel bahan api hidrogen (FCEV) masih kurang memberangsangkan, Toyota terus berusaha untuk meningkatkannya dari masa ke masa, selari dengan visi ‘Beyond Zero’ yang menitikberatkan kepelbagaian solusi untuk mobiliti bebas karbon.
Baru-baru ini, Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.
Lebih Kecil, Lebih Ringan, Lebih Tahan Lama



Maklumat awal yang didedahkan oleh Toyota menunjukkan teknologi sistem sel bahan api (FC) generasi ketiga menjanjikan jarak pemanduan lebih jauh, ketahanan yang lebih baik, serta kos yang lebih rendah
Menurut Toyota, sistem baharu ini lebih kecil, ringan, serta lebih cekap dan boleh dipercayai berbanding model sebelumnya. Malah, ia dikatakan dua kali lebih tahan lama dengan tahap ketahanan yang setanding enjin diesel, tetapi dengan kelebihan tambahan iaitu ciri “bebas penyelenggaraan”.
Jarak Pemanduan Bertambah Sehingga 776 KM



Sistem sel bahan api (FC) versi semasa Toyota pada sedan Toyota Mirai yang sedang diuji di Malaysia
Selain itu, dalam pembangunannya, jurutera Toyota turut berusaha untuk meningkatkan kecekapan bahan api ini. Hasilnya, jarak pemanduan berjaya ditingkatkan sehingga 20%.
Sebelum ini, model sedan hidrogen FCEV, Toyota Mirai, hanya mampu mencapai jarak perjalanan maksimum sekitar 647 km dengan satu isian penuh hidrogen, namun dengan penambahbaikan ini, angka tersebut dijangka meningkat kepada 776 km.
Lebih Banyak Maklumat Akan Diumumkan
Buat masa ini, Toyota belum mendedahkan butiran lengkap mengenai sistem sel bahan api generasi ketiga ini. Bagaimanapun, lebih banyak maklumat dijangka diumumkan semasa acara International Hydrogen & Fuel Cell Expo yang berlangsung di Tokyo, Jepun, minggu ini.
Sebaik pengenalannya nanti, Toyota merancang untuk memasarkan teknologi ini secara komersial di Jepun, Eropah, Amerika Utara dan China seawal tahun 2026. Menariknya, sistem sel bahan api generasi ketiga ini boleh digunakan bukan sahaja pada kenderaan penumpang, tetapi juga pada kenderaan komersial, kapal, kereta api dan penjana elektrik statik.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB7683
SELANGOR
BSQ6674
JOHOR
JYY2783
PULAU PINANG
PSC8479
PERAK
APJ745
PAHANG
CFG7302
KEDAH
KGG4258
NEGERI SEMBILAN
NEK6084
KOTA KINABALU
SJS3240
KUCHING
QAB9603N
Terakhir Kemas Kini 13 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat