Semua Model Elektrik Toyota Bakal Guna Logo Baharu
![]()
Semua model elektrik Toyota akan datang bakal menggunakan logo baharu
Model-model elektrik yang bakal dikeluarkan Toyota pada masa hadapan akan menggunakan logo baharu iaitu bentuk bulat atau titik berwarna biru. Logo baharu ini menggantikan logo lama yang diperkenalkan Toyota untuk kereta versi hibrid sejak tahun 2009.
-full.webp)
-full.webp)
Logo titik biru baharu ini dapat dilihat pada Toyota Camry versi hibrid generasi ke-6
Logo titik biru baharu ini pertama kali diperlihatkan dalam imej acah untuk Toyota Camry generasi seterusnya, di mana imej tersebut mempamerkan logo baharu itu di bahagian belakang, dengan tulisan 'HEV' di sebelahnya.
Pengeluar automotif Jepun itu mendedahkan bahawa lingkaran biru baharu itu melambangkan komitmennya terhadap pemeliharaan "kebahagiaan penduduk bumi dan [hasratnya] untuk mengekalkannya demi generasi seterusnya."


Jenis trenkuasa yang digunakan diletakkan bersebelahan logo biru baharu
Walaupun logo biru yang digunakan Toyota sebelum ini hanyalah khas untuk model hibrid (HEV), logo yang baru diperkenalkan pula akan menjadi lambang bagi kesemua model elektrik Toyota, tidak lagi eksklusif untuk hibrid.
Menurut wakil rasmi Toyota dalam satu temu bual dengan MotorTrend, logo bulat biru ini akan digunakan pada semua model hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV), kenderaan elektrik bateri (BEV) serta kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV) pada masa akan datang.

Imej acah crossover elektrik Toyota yang masih belum diberikan nama ini turut menggunakan logo baharu
Selain Camry versi hibrid generasi seterusnya, logo ini juga boleh dilihat pada model crossover EV Toyota baharu, yang dikatakan direka berdasarkan kereta konsep SUV kompak bZ. Berbeza dengan logo yang dipaparkan pada Camry, logo ini disertai dengan tulisan 'BEV' di sebelahnya, menunjukkan bahawa model yang tidak bernama ini adalah kenderaan elektrik bateri, bukan hibrid.


Penjenamaan kecil ini merupakan sebahagian daripada kempen pemasaran 'Beyond Zero' Toyota yang merupakan sebahagian daripada strategi pelbagai laluan atau multi-pathway jenama tersebut ke arah neutraliti karbon. Berdasarkan strategi ini, Toyota merancang untuk mengeluarkan pelbagai kenderaan tenaga baharu untuk mencapai matlamat alam sekitarnya, dan bukan hanya menumpukan sepenuhnya kepada kenderaan elektrik bateri.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3510
SELANGOR
BSV684
JOHOR
JH3625J
PULAU PINANG
PSH3848
PERAK
APM9172
PAHANG
CFJ4001
KEDAH
KGJ8021
NEGERI SEMBILAN
NEM5771
KOTA KINABALU
SJV1671
KUCHING
QAB136Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global
Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.
02-05-2025
Toyota Dedah Imej Acah EV Kompak, Kemunculan Rasmi 11 Mac Ini
Toyota bakal memperkenalkan sebuah kenderaan elektrik (EV) baharu pada 11 Mac ini. Model tersebut dibangunkan berasaskan model konsep bZ Compact SUV yang pernah dipertontonkan sebelum ini.
27-02-2025
Imej Toyota bZ3C Versi Pengeluaran Bocor, Mirip Toyota Prius?
Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China telah mendedahkan reka bentuk Toyota bZ3C.
18-09-2024
Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota
Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua.
06-01-2023
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

