Volvo Namakan Semula C40 Recharge kepada EC40

Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah menamakan semula Volvo C40 Recharge kepada EC40 untuk model tahun 2025.
Diperkenalkan pada Disember 2022 sebagai Volvo C40 Recharge, Volvo EC40 kini tampil dengan jarak pemanduan lebih jauh sehingga 554km.

Lebih menarik, Volvo EC40 mengekalkan pelbagai ciri utama serta tawaran selepas jualan, termasuk:
• Pek bateri 82kWh yang menyokong input pengecasan DC maksimum lebih tinggi sehingga 200kW—membolehkan pengecasan 10 hingga 80 peratus dalam hanya 28 minit**
• Lampu hadapan piksel yang menggunakan sensor untuk mengawal pencahayaan ke hadapan dan mampu melaraskan kecerahan untuk kawasan tertentu. Ianya dapat mengekalkan jarak penglihatan pemandu tanpa menyilaukan lalu lintas dari hadapan
• Perkhidmatan Digital percuma selama lima tahun untuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi kawalan jauh aplikasi Volvo Cars
• Pelan Servis Volvo (VSP) percuma selama lima tahun yang merangkumi penyelenggaraan berjadual secara menyeluruh di Pusat Servis Volvo bertauliah, memberikan ketenangan minda tambahan kepada pelanggan.

Volvo EC40 ditawarkan dalam varian motor berkembar pacuan semua roda (AWD) dengan motor elektrik belakang magnet kekal generasi kedua yang lebih berkuasa dan dibangunkan sendiri oleh jenama tersebut.
Dengan output maksimum 300kW, konfigurasi baharu ini menekankan penghantaran kuasa di bahagian belakang untuk pengalaman pemanduan yang lebih menarik.
Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia. Chris Tan berkata, pihaknya bukan sahaja menambah baik barisan SUV elektrik yang sedia ada, malah turut membuka laluan untuk pelbagai model baharu yang akan diperkenalkan tahun ini.
“Sama ada pelanggan kami mencari SUV 7-tempat duduk yang luas untuk keluarga atau SUV 5-tempat duduk untuk pemanduan di bandar.
“Portfolio kami sebenarnya mahu memenuhi setiap gaya hidup dan keperluan,
Pada tahun 2024, model BEV dan plug-in hybrid menyumbang 83 peratus daripada jumlah jualan runcit, dengan peningkatan 71 peratus daripada tahun sebelumnya.
Setakat ini, Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan tiga model elektrik sepenuhnya—Volvo XC40 Recharge Pure Electric, Volvo EX30, dan Volvo EC40.
Selain itu, model yang dinanti-nantikan, Volvo EX90, bakal dilancarkan pada tahun ini.


Bagi yang berminat, Volvo EC40 kini hadir dalam warna luaran baharu – Cloud Blue, yang melengkapi pilihan warna sedia ada iaitu Onyx Black, Crystal White, Silver Dawn, dan Sage Green.
Dengan harga RM288,888***—selaras dengan model sebelumnya, Volvo EC40 ditawarkan dengan pilihan pembiayaan fleksibel serta kadar faedah lebih rendah menerusi Volvo Car Financial Services.
Malah, pelanggan yang membuat tempahan Volvo EC40 dari sekarang hingga 31 Mac 2025 akan menerima baucar wallbox percuma bernilai RM5,000.
Untuk keterangan lanjut, layari www.volvocars.com/my
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5408
SELANGOR
BST9876
JOHOR
JE7634J
PULAU PINANG
PSF8270
PERAK
APL7152
PAHANG
CFH8367
KEDAH
KGJ2490
NEGERI SEMBILAN
NEM670
KOTA KINABALU
SJU2779
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Miliki Volvo Idaman Anda Sempena Merdeka: Rebat Sehingga RM70,000
Volvo Car Malaysia Anjur Acara 48-Hour Merdeka Deal 15 & 16 Ogos Ini.
04-08-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Tukar Nama Sebab Mudah Pelanggan Nak Tahu Versi EV!
Pengeluar kereta Sweden, Volvo menamakan semula XC40 kepada EX40 manakala C40 Recharge versi elektrik pula EC40.
22-02-2024
Hari Lahir Volvo: Nikmati Pelbagai Tawaran
Para pelanggan berpeluang menikmati percutian ke Sweden.
15-04-2024
SAH: Volvo Car Malaysia Akan Eksport Kereta EV Ke Filipina, Vietnam
Volvo Car Malaysia (VCM) akan mengeksport model-model elektrik penuh (EV) yang dipasang di Shah Alam, ke Filipina dan Vietnam pada tahun ini.
03-02-2023
Pelantikan Gao Feng Sebagai Pengarah Urusan Baharu Volvo Car Manufacturing Malaysia
Volvo Car Manufacturing Malaysia semalam mengumumkan pelantikan Gao Feng sebagai Pengarah Urusan baharu.
14-06-2022
Volvo Car Malaysia Tutup Tempahan XC40 Recharge Pure Electric
Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa tempahan secara dalam talian untuk model XC40 Recharge Pure Electric terpaksa ditutup.
01-06-2022
Volvo Serahkan SUV XC40 Electric Kepada 65 Pelanggan Pertama Di Malaysia
Volvo Car Malaysia (VCM) telah menyerahkan kelompok pertama Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau XC40 EV kepada pembeli Malaysia.
25-04-2022
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

