ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo Namakan Semula C40 Recharge kepada EC40

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah menamakan semula Volvo C40 Recharge kepada EC40 untuk model tahun 2025.

Diperkenalkan pada Disember 2022 sebagai Volvo C40 Recharge, Volvo EC40 kini tampil dengan jarak pemanduan lebih jauh sehingga 554km.

image.png

Lebih menarik, Volvo EC40 mengekalkan pelbagai ciri utama serta tawaran selepas jualan, termasuk:

Pek bateri 82kWh yang menyokong input pengecasan DC maksimum lebih tinggi sehingga 200kW—membolehkan pengecasan 10 hingga 80 peratus dalam hanya 28 minit**

Lampu hadapan piksel yang menggunakan sensor untuk mengawal pencahayaan ke hadapan dan mampu melaraskan kecerahan untuk kawasan tertentu. Ianya dapat mengekalkan jarak penglihatan pemandu tanpa menyilaukan lalu lintas dari hadapan

Perkhidmatan Digital percuma selama lima tahun untuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi kawalan jauh aplikasi Volvo Cars

Pelan Servis Volvo (VSP) percuma selama lima tahun yang merangkumi penyelenggaraan berjadual secara menyeluruh di Pusat Servis Volvo bertauliah, memberikan ketenangan minda tambahan kepada pelanggan.

image.png

Volvo EC40 ditawarkan dalam varian motor berkembar pacuan semua roda (AWD) dengan motor elektrik belakang magnet kekal generasi kedua yang lebih berkuasa dan dibangunkan sendiri oleh jenama tersebut. 

Dengan output maksimum 300kW, konfigurasi baharu ini menekankan penghantaran kuasa di bahagian belakang untuk pengalaman pemanduan yang lebih menarik.

Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia. Chris Tan berkata, pihaknya bukan sahaja menambah baik barisan SUV elektrik yang sedia ada, malah turut membuka laluan untuk pelbagai model baharu yang akan diperkenalkan tahun ini. 

“Sama ada pelanggan kami mencari SUV 7-tempat duduk yang luas untuk keluarga atau SUV 5-tempat duduk untuk pemanduan di bandar.

  • image.png

“Portfolio kami sebenarnya mahu memenuhi setiap gaya hidup dan keperluan,

Pada tahun 2024, model BEV dan plug-in hybrid menyumbang 83 peratus daripada jumlah jualan runcit, dengan peningkatan 71 peratus daripada tahun sebelumnya.

Setakat ini, Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan tiga model elektrik sepenuhnya—Volvo XC40 Recharge Pure Electric, Volvo EX30, dan Volvo EC40.

Selain itu, model  yang dinanti-nantikan, Volvo EX90, bakal dilancarkan pada tahun ini.

EC40CloudBlue.jpgEC40SageGreen.jpg

Bagi yang berminat, Volvo EC40 kini hadir dalam warna luaran baharu – Cloud Blue, yang melengkapi pilihan warna sedia ada iaitu Onyx Black, Crystal White, Silver Dawn, dan Sage Green.

Dengan harga RM288,888***—selaras dengan model sebelumnya, Volvo EC40 ditawarkan dengan pilihan pembiayaan fleksibel serta kadar faedah lebih rendah menerusi Volvo Car Financial Services. 

Malah, pelanggan yang membuat tempahan Volvo EC40 dari sekarang hingga 31 Mac 2025 akan menerima baucar wallbox percuma bernilai RM5,000.

Untuk keterangan lanjut, layari www.volvocars.com/my

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW9329

SELANGOR

BSP7851

JOHOR

JYW2731

PULAU PINANG

PSC1078

PERAK

APH3023

PAHANG

CFG4375

KEDAH

KGF7504

NEGERI SEMBILAN

NEK3468

KOTA KINABALU

SJR7809

KUCHING

QAB7285N

Terakhir Kemas Kini 11 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

30-09-2025
Kereta Baru

26-02-2025
EV

01-01-2024
Pandu Uji

25-05-2023
Berita Auto

30-01-2023
EV

15-12-2022
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Tutup Tempahan XC40 Recharge Pure Electric

Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa tempahan secara dalam talian untuk model XC40 Recharge Pure Electric terpaksa ditutup.

01-06-2022
Berita Auto

Volvo Serahkan SUV XC40 Electric Kepada 65 Pelanggan Pertama Di Malaysia

Volvo Car Malaysia (VCM) telah menyerahkan kelompok pertama Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau XC40 EV kepada pembeli Malaysia.

25-04-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan: Viral Kereta Dirempuh Bertubi-Tubi

Kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya NKVE menghala ke Plaza Tol Duta.

11-05-2026
Berita Auto

OMODA | JAECOO Malaysia Rekod Jualan 30,000 Unit Sejak Julai 2024

Pencapaian OMODA | JAECOO 2026: 30,000 Unit Terjual Di Malaysia.

11-05-2026
Berita Auto

Adakah T20 Akan Bayar Harga Pasaran Untuk RON95? Semuanya Sedang Diteliti

Kerajaan mula kaji semakan subsidi petrol! RON95.

11-05-2026
Berita Auto

Genting Highlands: JPJ Pahang Keluarkan Lebih 100 Saman

Lebih 100 kenderaan dikenakan saman dalam operasi penguatkuasaan khas di plaza tol masuk Genting Highlands semalam.

11-05-2026
Berita Auto

Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Dilanda Banjir

Warga kota dinasihatkan tidak meredah banjir.

08-05-2026
Berita Auto

Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini

Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.

08-05-2026
Berita Auto

Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.

08-05-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.