ASEAN Unity Drive: Proton e.MAS 7 Jadi Kenderaan Rasmi

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), dengan sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Tourism Malaysia, merasmikan Majlis Flag-Off ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025), baru-baru ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri , Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia melambangkan kekuatan kolektif serantau dalam memajukan mobiliti lestari seiring memperkukuhkan integrasi ekonomi dan pengurusan alam sekitar.

Menurutnya, Malaysia melalui inisiatif seperti ASEAN Automotive Institute Alliance, komited kepada membentuk ekosistem mobiliti bersatu yang mempercepatkan inovasi serta menyelaraskan piawaian, sekali gus akan mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai peneraju global dalam pengangkutan generasi baharu.
"Inisiatif ini adalah langkah penting ke arah industri automotif yang bersedia untuk masa depan dan membawa manfaat kepada seluruh rantau ini.

"Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, AUD 2025 mengukuhkan peranan negara dalam meneraju peralihan serantau ke arah mobiliti hijau dan pintar," katanya selepas Majlis Pelepasan AUD 2025.
AUD 2025 akan memulakan perjalanan sejauh 9,000 kilometer merentasi sembilan negara ASEAN bagi mempromosikan kelestarian dalam mobiliti.
Untuk itu, Proton e.MAS 7 menjadi kenderaan rasmi bagi AUD 2025, melambangkan komitmen Malaysia kepada mobiliti elektrik, menyokong agenda EV negara dan matlamat kelestarian ASEAN secara lebih luas.

Konvoi yang menonjolkan enam Proton e.MAS 7 dan empat kenderaan X Series yang dibawakan oleh PROTON dan PRO-NET, akan melalui dua laluan utama:
• Laluan Utara: Bermula di Hanoi, Vietnam, melalui Laos, Kemboja, Thailand, sebelum tiba di Malaysia.
• Laluan Selatan: Bermula di Manila, Filipina, melalui Sabah, Brunei, Sarawak, Indonesia, Singapura, sebelum tiba di Malaysia.
Kedua-dua konvoi akan bertemu di MAS 2025 semasa majlis perasmian, melambangkan komitmen ASEAN terhadap kesalinghubungan rentas sempadan, pengangkutan mesra alam, dan kerjasama ekonomi serantau.
Perjalanan ini akan berkemuncak di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang akan berlangsung dari 9 hingga 15 Mei 2025 di MAEPS, Serdang.
Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, berkata AUD 2025 adalah bukti kepada dedikasi MARii dalam memupuk kerjasama serantau dalam mobiliti pintar dan lestari, sejajar dengan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020).

Beliau berkata, inisiatif itu menyelaraskan infrastruktur EV rentas sempadan, melaraskan rangka kerja kawal selia dan menarik pelaburan dalam mobiliti lestari.
"Dengan membangunkan rangkaian EV bersepadu berlandaskan dasar dan insentif yang seragam, ASEAN meletakkan diri sebagai peneraju global dalam penggunaan dan inovasi EV.
"Ia sejajar memanfaatkan kepelbagaian ekosistem automotif bagi mengukuhkan rantaian bekalan serantau dan daya tahan ekonomi," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4196
SELANGOR
BSU8537
JOHOR
JG9602J
PULAU PINANG
PSH2439
PERAK
APM7435
PAHANG
CFJ3482
KEDAH
KGJ7244
NEGERI SEMBILAN
NEM5173
KOTA KINABALU
SJV417
KUCHING
QAB9517P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge