Audi R8 Bakal "Dihidupkan" Semula, Kali Ini, Lebih Power

Hampir setahun pengeluaran Audi R8 sudah dihentikan namun khabarnya model ini bakal dihidupan semula. Kali ini, Audi R8 akan hadir dengan enjin V8 PHEV Lamborghini Temerario.
Menurut laporan laporan Autocar UK, Audi R8 akan didedahkan pada tahun depan dimana kerja-kerja kejuruteraan sudah pun bermula.


Sama seperti model sebelumnya, Audi R8 bakal menjadi kembar kepada supercar Lamborghini Temerario, sekali gus menghidupkan semula kerjasama Audi dengan jenama ikonik Raging Bull.
Penggunaan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar membolehkan ia menghasilkan kuasa setakat 789 hp. Ia yang turut disumbat dengan tiga motor elektrik jenis axial-flux, sekali gus menjadikan jumlah output sistem mencecah 907 hp.
Kuasa yang dibekalkan oleh pek bateri lithium-ion kecil 3.8 kWh, boleh dicas menggunakan pengecas AC 7 kW atau melalui pemulihan tenaga menggunakan motor elektrik ketiga yang terletak di antara enjin V8 dan transmisi DCT 8-kelajuan.


Ini bermakna, jika Audi R8 baharu menggunakan tetapan V8 PHEV , ia akan secara automatik akan menjadi kereta yang menggunakan enjin pembakaran dalaman paling berkuasa dalam sejarah Audi, sekali gus mengatasi model R8 GT edisi V10.
Selain enjin V8 PHEV, komponen mekanikal lain daripada Temerario juga dijangka akan digunakan pada Audi R8.
Ini termasuk semua sistem elektronik serta casis aluminium spaceframe.
Menurut Lamborghini, struktur baharu ini menggunakan 50% lebih sedikit komponen dan 80% pengurangan kimpalan berbanding platform terdahulu yang digunakan pada Huracán.
Dari segi reka bentuk, masih tiada petunjuk mengenai rupa sebenar Audi R8 baharu. Namun, ada kemungkinan ia akan kelihatan sama dengan modelgenerasi sebelumnya.

Namun, memandangkan Temerario baharu masih mengekalkan elemen reka bentuk daripada pendahulunya, mungkin perubahan reka bentuk pada R8 baharu juga tidak akan terlalu drastik.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, Audi R8 generasi baharu dijadualkan untuk diperkenalkan pada tahun 2027, di mana ia dikhabarkan akan dilancarkan bersama varian Temerario yang lebih berkuasa.
Tidak kira apakah tetapan rangkaian kuasa akhirnya, ramai pasti bersetuju bahawa Audi R8 dengan enjin pembakaran dalaman ini lebih menjanjikan dan meyakinkan berbanding model elektrik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isu Beg Udara Takata: Audi Buat Pengumuman!
Perhatian, buat pemilik kereta Audi. Ada pengumuman penting buat anda!
16-03-2024
Audi Generasi Ke-3 Dengan Output 700HP!
Kedudukan Audi R8 sebagai sebuah model supercar dengan enjin V10 nampaknya semakin terancam.
08-12-2021
Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP
Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.
15-07-2025
Lamborghini Temerario GT3 Diperkenalkan – Versi Litar, 523 HP
Hampir setahun selepas pelancaran supercar hibrid plug-in V8, Lamborghini Temerario, pengeluar kereta sport mewah Itali ini memperkenalkan jentera tersebut dalam versi litar, GT3, yang dinamakan Lamborghini Temerario GT3.
14-07-2025
Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!
Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.
19-08-2024
Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP
Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.
15-07-2025
Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!
Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.
19-08-2024
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
