ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BIMS 2025: Mazda 6e Ditayang Dulu, Bakal Menyusul Di M'sia Pun???

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain jenama automotif China yang biasa mendominasi, Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025), Mazda juga menayangkan model sedan elektrik terbaharunya, Mazda 6e.

Ia adalah versi pasaran global bagi Mazda EZ-6, yang sebelum ini eksklusif untuk pasaran China.

Selepas penampilan sulungnya di Eropah awal tahun ini, Mazda 6e yang dipamerkan di BIMS 2025  adalah versi pemanduan sebelah kiri (LHD). 

image.pngimage.png

Walaupun kehadirannya di BIMS 2025 hanya sebagai pratonton, Mazda Thailand mengesahkan bahawa versi pemanduan sebelah kanan (RHD) akan membuat debut rasmi di Thailand menjelang akhir tahun ini.

Media Thailand menggambarkan Mazda 6e adalah "kenderaan elektrik pertama yang 100% dibangunkan oleh Mazda di bawah pendekatan teknologi multi-solution". 

Namun, bagi mereka yang mengikuti laporan awal kami mengenai EZ-6, pasti tahu bahawa 6e sebenarnya berkongsi platform dengan Changan Deepal L07.

Bagi yang belum tahu, Changan ialah rakan kongsi lama Mazda di China, di mana pengeluar automotif China ini turut membantu menghasilkan beberapa model Mazda untuk pasaran domestik negara itu.

Buat masa ini, apa yang didedahkan oleh  Mazda Thailand ialah Mazda 6e akan disumbat dengan  pek bateri 80 berkapasiti kWj dimana ia  mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 522 km.

image.png

Menyentuh mengenai pengecasan pantas, baterinya boleh dicas dari 30% hingga 80% dalam hanya 15 minit.

Selain itu, tiada butiran lanjut yang didedahkan oleh pengeluar kereta itu.

Biarpun, Mazda Thailand sudah mengesahkan kehadiran sedan elektrik Mazda 6e ke pasaran mereka, namun  timbul pula persoalan sama ada pengedar rasmi Mazda di Malaysia,  Bermaz Auto Berhad (BAuto), ada rancangan  untuk membawa masuk EV bergaya ini ke pasaran kita/

Menariknya, BAuto yang juga merupakan pengimport dan pengedar rasmi jenama Deepal EV milik Changan di Malaysia.

, SUV elektrik Deepal S07 dijangka akan menjadi model pertama jenama itu yang dilancarkan secara rasmi di sini.

Jadi, adakah kemungkinan besar Mazda 6e turut membuat debut tempatan bersama Deepal S07 hujung tahun ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL6343

SELANGOR

BSM4471

JOHOR

JYR3995

PULAU PINANG

PRY5976

PERAK

APF2142

PAHANG

CFF2775

KEDAH

KGE3347

NEGERI SEMBILAN

NEJ5056

KOTA KINABALU

SJQ2657

KUCHING

QAB2307N

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.99

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.19

+0.03

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

29-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

23-08-2025
Global

10-07-2025
Kereta Baru

03-06-2025
EV

25-03-2025
Global

19-03-2025

Berita Terkini

EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
EV

Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.

06-02-2026
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
EV

Berapakah Jumlah Tempahan Perodua QV-E? Ini Jawapan Bos Besar Perodua!

Ini dia jumlah tempahan Perodua QV-E setakat ini.

05-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.