ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Bakal Lancar 40 Model Kereta Menjelang 2027!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-i3-iX3-NeueKlasse-Testing-(2).jpg


Tidak mahu mengalah selepas Mercedes-Benz merancang untuk memperkenalkan 21 model baharu dalam tempoh dua tahun akan datang, kini pesaingnya yang juga dari Jerman, BMW, mendedahkan rancangan lebih agresif iaitu untuk melancarkan sekurang-kurangnya 40 model baharu atau dikemas kini menjelang 2027! 


40 Model Baharu & Kemas Kini dalam Tiga Tahun


BMW-Group-CEO-Oliver-Zipse-(1).jpgBMW-i3-iX3-NeueKlasse-Testing-(1).jpg


Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group, Oliver Zipse, dalam persidangan tahunan syarikat bagi tahun 2025. Model-model yang bakal diperkenalkan ini terdiri daripada pelbagai jenis rangkaian kuasa, termasuk elektrik sepenuhnya (BEV), hibrid plug-in (PHEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE), sekali gus menunjukkan kepelbagaian pendekatan BMW dalam menghadapi perubahan industri automotif global.


Permulaan Era Baharu dengan Neue Klasse EV


BMW-iX3-NextGen-Teaser-(3).jpgBMW-i3-NeueKlasse-Testing-(1).jpg


Antara model baharu yang bakal dilancarkan termasuk dua model EV generasi baharu atau Neue Klasse BMW. Model pertama yang akan diperkenalkan ialah BMW iX3 generasi baharu yang dijangka akan membuat kemunculan pertamanya di peringkat global pada bulan September ini di pameran IAA Mobility di Munich, Jerman. 


Selepas iX3, BMW akan memperkenalkan sedan EV i3, yang bakal menjadi varian 3 Series elektrik pertama di peringkat global (tidak termasuk i3 berasaskan G28 yang eksklusif untuk pasaran China). 


Baik & Buruk Prestasi Jualan 2024


Caricarz-AS-BMW-i5-eDrive40MSport-Rolling-1.jpg


BMW Group turut membentangkan laporan jualan tahun 2024 dengan sisi positif dan negatif. Berita baiknya, jualan kenderaan elektrik (EV) syarikat meningkat sebanyak 13.5% berbanding tahun sebelumnya, dengan 426,594 unit EV terjual merentasi jenama BMW, MINI dan Rolls-Royce. Ini menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah keseluruhan jualan syarikat.  


Namun, walaupun jualan EV meningkat, pendapatan BMW Group turun 8.4% kepada €142 bilion (~RM686 bilion). Lebih membimbangkan, keuntungan sebelum cukai merosot 35.8% kepada €10.9 bilion (~RM52 bilion). BMW menyatakan bahawa beberapa faktor utama memberi kesan kepada prestasi kewangan mereka, termasuk penarikan balik produk dalam jumlah besar, peningkatan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta kejatuhan jualan di pasaran penting seperti China.


Pasaran China & Amerika Syarikat Masih Kukuh


Caricarz-MBA-BMW-i5-eDrive40MSport-Ext-(9).jpg


China masih menjadi pasaran terbesar bagi EV BMW, dengan lebih 100,000 unit dihantar ke negara itu walaupun terdapat penurunan dalam beberapa segmen. 


Di Amerika Syarikat, BMW mencatat jualan EV tertinggi dalam sejarahnya dengan lebih 50,000 unit terjual pada 2024. Selain itu, negara itu juga menjadi pasaran utama bagi model BMW M dan M Sport, di mana satu daripada setiap 10 unit BMW yang terjual adalah model berprestasi tinggi tersebut.


Caricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-2.jpgweb_CariCarz_Launch_Rolls-Royce_Spectre_Malaysia-(1-of-4).jpg


Secara keseluruhan, BMW Group telah menjual 2.45 juta unit kenderaan sepanjang 2024, jatuh sebanyak 4% berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah ini, 2.2 juta unit ialah BMW, 245,000 unit ialah MINI dan hanya 5,712 unit merupakan Rolls-Royce.


Strategi Pemulihan Tahun 2025


Bagi tahun 2025, BMW Group menjangkakan jualan keseluruhan akan menunjukkan peningkatan kecil. Untuk memastikan kestabilan kewangan, syarikat merancang untuk mengurangkan perbelanjaan modal, langkah yang dijangka dapat membantu meningkatkan aliran tunai syarikat. 

Baca: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model

Baca: BMW March Into Joy: BMW Beri Tawaran Istimewa Hanya Untuk Model BMW Terpilih


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9140

SELANGOR

BSU2543

JOHOR

JF3245J

PULAU PINANG

PSG1724

PERAK

APL9464

PAHANG

CFH9373

KEDAH

KGJ3585

NEGERI SEMBILAN

NEM1958

KOTA KINABALU

SJU4372

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

13-02-2026
Global

05-01-2026
Teknologi

24-12-2025
Global

10-12-2025
Global

28-05-2025
EV

22-05-2025
Global

17-03-2025
EV

24-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.