Laporan: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model Tapi Bukan Sekarang!
Mercedes-Benz dikatakan akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 21 model baharu tetapi bukan sekarang sebaliknya dalam tempoh dua tahun akan datang, lapor berita Autocar UK.
Kebanyakan model itu adalah versi facelift dan ada juga kereta konsep. Difahamkan, pengenalan model itu adalah sebahagian daripada usaha Mercedes-Benz untuk menstabilkan pengeluaran dan jualan global di beberapa pasaran utama.
Pengenalan model baharu secara besar-besaran ini sebenarnya bertujuan untuk mengimbangi pengenalan model pembakaran (ICE) yang dikemaskini termasuk MHEV dan plug-in hybrid (PHEV).
Seperti mana yang dijangkakan, deretan model 2025 akan dimulakan dengan generasi ketiga CLA. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sedan kompak yang bakal menjadi EV paling cekap Mercedes-Benz setakat ini.
Ia dijadualkan akan didedahkan pada bulan depan dan CLA baharu ini juga akan menjadi model pertama daripada enam model kompak yang dibangunkan berdasarkan Modular Mercedes Architecture (MMA).
Selepas versi EV ini, varian enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk CLA baharu dijangka dilancarkan enam bulan kemudian.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, model ini akan menggunakan enjin petrol 1.5-liter 4-silinder yang dikatakan dibekalkan oleh teknologi trenkuasa Horse.
Enjin ini akan dipadankan dengan motor elektrik kecil dalam transmisi di mana ia mampu menghasilkan sehingga 188 HP serta menawarkan kecekapan bahan api setanding dengan enjin diesel.
Seterusnya, model ketiga, GLB baharu yang dibangunkan berdasarkan MMA juga akan didedahkan pada tahun ini.
Ini kerana Mercedes-Benz memberi jaminan bahawa SUV ini akan menjadi lonjakan besar berbanding model generasi pertama sedia ada. Seperti CLA baharu, GLB juga akan ditawarkan dalam versi ICE dan EV, dimana ada desas-desus mengatakan model ini lebih besar dan luas berbanding pendahulunya.
Malah, satu lagi pengenalan untuk tahun ini adalah GLC crossover generasi kedua. Model ini dikatakan bakal menyaingi Audi Q6 e-tron Porsche Macan dan BMW iX3. Ia juga menampilkan senibina elektrik 800-voltan.
Selain itu, jentera ini didatangkan dengan pilihan pek bateri jenis LFP dan NMC yang dilaporkan masing-masing menjanjikan perjalanan sekitar 644 km dan 805 km.
Apa yang pasti, antara pendedahan terbesar yang akan dibuat adalah kereta konsep baharu yang berasal dari AMG.
“Ia akan menjadi kereta paling pantas yang pernah dihasilkan oleh AMG,” kata sumber yang dipetik oleh Autocar UK mengenai kereta konsep Mercedes-AMG.
Sumber dalaman itu turut memberi bayangan kereta konsep itu tidaklah begitu berbeza dengan kereta konsep One-Eleven.
Beralih pada tahun 2026, laporan yang sama turut model pertama yag akan dilancarkan kelak adalah S-Class Flagship versi facelift yang dijangka akan dikekalkan di pasaran sekurang-kurangnya sehingga 2030 sebelum digantikan dengan model generasi baharu.
Model ini juga akan menerima pelbagai teknologi terkini, termasuk paparan MBUX Superscreen, perisian MB:OS, serta sistem Pemanduan Autonomi Tahap 3, yang akan meningkatkan pengalaman digital pengguna.
Selepas itu, versi baharu EQ juga akan diperkenalkan dengan kejuruteraan semula yang lebih menyeluruh.
Walaupun kedua-duanya menggunakan nama S-Class, S-Class facelift namun EQS baharu tidak akan berkongsi platform yang sama.
Ini kerana EQS akan dibina berdasarkan platform MB:EA Large, manakala S-Class kekal menggunakan MRA.
Antara model lain yang akan didedahkan pada tahun depan adalah C-Class elektrik, SUV EQS yang diperbaharui, EQE dan SUV EQE, serta dua SUV, GLE dan GLS versi facelift.
Tahun 2026 juga akan menyaksikan penampilan sulung model elektrik Mercedes-AMG yang dikatakan bakal menyaingi Lotus Emeya dan Porsche Taycan Turbo GT.
Bagi melabuhkan tirai tahun 2026, sebuah model elektrik pertama Mercedes-AMG akan dilancarkan dan bakal menjadi pencabar kepada Lotus Emeya dan Porsche Taycan Turbo GT.
Gallery










Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG4263
SELANGOR
BSF5053
JOHOR
JYA4985
PULAU PINANG
PRR4956
PERAK
ANW6749
PAHANG
CFC1439
KEDAH
KGA9426
NEGERI SEMBILAN
NEG2387
KOTA KINABALU
SJL3071
KUCHING
QAB5149L
Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
EURO 5 B7
RM 2.94
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku
Team CariCarz.com sempat memandu uji Mercedes-benz GLC 300, baru-baru ini.
25-08-2023
Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu
Mercedes-Benz akan memperkenalkan model konsep EV 'peringkat permulaan'.
25-07-2023
Terima Rekaan Dalaman Mewah, Teknologi Baharu
Mercedes-Benz GLC 2023 (X254) serba baharu membuat tayangan perdana dunia semalam.
02-06-2022
Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan, Mercedes-Maybach S580 di ibu kota, pagi tadi.
01-03-2022
Mercedes-Benz S-Class: Varian Tunggal, Harga Masih Belum Didedahkan!
Jentera ini dikatakan sarat dengan teknologi terkini.
15-12-2021
Mercedes-Benz EQ EV Ditayang Dalam Perarakan Merdeka
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja mengeluarkan imej teaser EQ mereka.
31-08-2023
Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line – SUV Mewah 7 Tempat Duduk Dengan Infotainmen Mantap!
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah mendedahkan tentang kehadiran sebuah varian SUV premium.
19-05-2021
Berita Terkini
Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?
Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.
17-06-2025
Cipta Rekod Sendiri: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Catat Masa 7:46.13 minit Di Litar Nurburgring
Volkswagen Golf GTI Edition 50 menunjukkan taring sebenar apabila berjaya melengkapkan pusingan dalam masa 7:46.13 minit,
17-06-2025
Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif
Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.
17-06-2025
Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun
Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.
17-06-2025
CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering
Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.
17-06-2025
SUV Elektrik Xpeng G7 Didedahkan – Guna Teknologi AI, Capai 702 KM Satu Cas!
Xpeng memperluaskan portfolio kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran SUV elektrik terbaru, Xpeng G7. Ini spesifikasinya...
16-06-2025
Toyota GR LH2 Racing Concept Didedahkan, Guna Sistem Hibrid Hidrogen
Toyota memperkenalkan GR LH2 Racing Concept, yang merupakan generasi seterusnya untuk hypercar hidrogen Toyota sebelum ini, GR H2.
14-06-2025
Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras
Chery menghantar sebuah kenderaan ke luar negara pada setiap 29 saat.
13-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat