Ciri Baharu Leapmotor C10 2025 Dibocorkan – Prestasi Jauh Lebih Tinggi?

Jenama kenderaan elektrik (EV) China, Leapmotor, dilaporkan telah memberikan beberapa ciri baharu kepada SUV Leapmotor C10 bagi tahun 2025.
Untuk makluman, Leapmotor kini dipasarkan secara global menerusi kerjasama strategik dengan Stellantis di bawah Leapmotor International. Di Malaysia, jenama ini dikendalikan oleh Stellantis Malaysia, dengan model C10 sebagai satu-satunya model yang ditawarkan setakat ini.
Lonjakan Kuasa: 295 HP untuk Model 2025

Laporan daripada portal automotif CarNewsChina berdasarkan dokumen pendaftaran Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, mendedahkan bahawa Leapmotor C10 2025 menerima peningkatan ketara dari segi prestasi.
Motor elektriknya kini menjana 295 hp (220 kW), jauh lebih berkuasa berbanding versi semasa di pasaran China yang hanya menghasilkan 228 hp (170 kW). Bagaimanapun, model eksport yang turut dipasarkan di Malaysia sejak Oktober tahun lalu hanya menawarkan kuasa 215 hp (160 kW).
Sentuhan Baharu


Dokumen MIIT yang dibocorkan juga hanya menunjukkan sedikit perubahan pada reka bentuk luar, termasuk rim baharu, cermin sisi yang direka semula, lensa lampu belakang yang dikemas kini, cermin privasi baharu pada pintu belakang, serta kemungkinan sistem sensor optik yang telah dinaik taraf.
Turut dijangka diberikan penambahbaikan ialah pakej bantuan pemandu canggih (ADAS) yang disematkan pada C10, tetapi perkara ini masih belum disahkan sepenuhnya oleh Leapmotor.
Leapmotor C10 di Malaysia






Buat masa ini, Leapmotor C10 yang dijual di Malaysia ditawarkan sebagai sebuah SUV segmen D premium dengan jarak pemanduan 424 km (WLTP) yang dibekalkan oleh pek bateri 69.9 kWj. Harga jualannya pula bermula daripada RM159,000 sebelum sebarang insentif atau promosi.
Lebih banyak maklumat dijangka diumumkan sebaik model baharu Leapmotor C10 ini, sama ada versi yang dikemaskini atau hanya varian tambahan, dilancarkan secara rasmi di China dalam beberapa bulan akan datang.
Baca: Leapmotor C10 Kini Rasmi Di Malaysia

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge