[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Sofea Najmi
26-2-2025
Sempena hari yang istimewa untuk kaum wanita yang cantik, manis dan ayu, Leapmotor Malaysia hari ini telah menganjurkan Sesi Pandu Uji Eksklusif dan Majlis Makan Tengah Hari, Hari Wanita bersama Leapmotor C10.
Untuk makluman pembaca, Leapmotor C10 adalah sebuah kenderaan elektrik (EV) yang telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu
Walaupun masih agak ‘muda’ di pasaran berbanding pesaingnya, jenama ini telah mencatatkan prestasi jualan yang cukup memberangsangkan di kebanyakan pasaran global, termasuk Malaysia setelah mencatatkan hasil jualan keseluruhan mencecah hampir 300,000 unit! Apa yang istimewanya tentang model ini sehingga berjaya mencuri hati ratusan ribu pengguna?
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
#1 Tempat Duduk Empuk Seperti Kereta Mewah
Perkara pertama yang menarik perhatian penulis sebaik memasuki kabin Leapmotor C10 ialah tempat duduknya yang selesa. Untuk sebuah model yang dijual pada harga agak berpatutan, RM159,000 kabinnya terasa mewah, dengan penggunaan material sentuhan lembut pada pelbagai sudut.
Fungsi pengudaraan tempat duduk turut ditawarkan untuk keselesaan tambahan dalam cuaca Malaysia yang kadangkala panas terik.
#2 Lapang, Tidak 'Lemas' Untuk Perjalanan Jauh
Diposisikan dalam segmen D, Leapmotor C10 berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,680 mm tinggi dengan jarak roda 2,285 mm. Ruang kaki dan kepala cukup lapang. Kalau tercari-cari SUV elektrik yang sempurna untuk keluarga, jangan terlepas pandang C10.
Keluasan ini sebenarnya tidak jauh berbeza daripada Tesla Model Y yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 18 Februari lalu. Jika dibandingkan, Model Y dijual pada harga yang kira-kira RM36,000 lebih tinggi.
#3 Praktikal, Setiap Ruang Dimanfaatkan
Bukan sedikit, setiap ruang dioptimumkan penggunaannya. Secara keseluruhannya, ada 18 ruang simpanan barangan dan 8 pemegang cawan di sekitar kabin. Ruang kargo pula berkapasiti 435 liter, cukup luas untuk keperluan harian. Masih tak cukup? Boleh diperluaskan lagi sehingga 1,410 liter sekiranya kerusi barisan kedua ditumbangkan. Memang luas!
#4 Teknologi Pintar di Sebalik Penggunaan Tenaga yang Rendah
Untuk sesi pandu uji hari ini, kami berpeluang untuk membawa EV ini dari KL ke Putrajaya dan kembali semula ke KL dengan jarak perjalanan secara keseluruhannya kira-kira 80 km. Memandangkan kami banyak menggunakan laluan bandar dengan trafik yang agak padat, penggunaan tenaga adalah di tahap yang agak rendah kerana banyak pembrekan dibuat dari masa ke masa.
Sistem Leapmotor C10 menunjukkan bahawa sejak kali terakhir ia dicas, jentera ini hanya menggunakan sekitar 12.7 kWj/100 km!
Turut membantu penjimatan adalah penggunaan mod pemanduan Eco yang membuatkan sistem Regenerative Braking berfungsi di tahap lebih tinggi (Strong) untuk janaan semula tenaga bateri EV secara automatik setiap kali kereta dibrek.
Ciri One Pedal Mode juga disediakan, dengan ini, Regenerative Braking berlaku setiap kali pedal pecutan dilepaskan, tanpa perlu menekan brek.
#5 Pemanduan yang Selesa & Stabil
Dalam perjalanan pergi, penulis sempat membuat pecutan dalam waktu yang singkat di lebuh raya. Kereta terasa stabil kekal ‘melekat’ di jalan walau dipecut laju. Untuk pengetahuan pembaca, sistem suspensi Leapmotor C10 ditala oleh Maserati, dan casis pula oleh pasukan Stellantis di Balocco, Itali, lokasi yang sama untuk ujian jentera Maserati.
Brek pula terasa agak sensitif pada peringkat awal tetapi memerlukan sedikit lebih tekanan apabila perlu memberhentikan kenderaan pada kelajuan tinggi. Mungkin sekiranya lebih lama masa dapat diluangkan untuk memandu kereta ini, pemandu dapat lebih ‘menjiwai’ karakter brek ini, dan kawalan kenderaan terasa lebih natural dan mudah. Hanya perlukan kebiasaan.
#6 Lima Bintang Euro NCAP
Bukan EV biasa, C10 menerima penarafan lima bintang daripada Euro NCAP! SUV ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang termasuk kawalan pelayaran adaptif (ACC), pengekalan lorong (LCC), amaran gangguan pemandu (ADDW) dan sebagainya.
Amaran daripada sistem ADAS terasa agak ‘agresif’ di awal pemanduan kerana hampir semua ciri diaktifkan dan mungkin kerana pemandu sudah terbiasa ‘mengawal’ kereta sendiri tanpa bantuan sistem. Isu kecil ini boleh diselesaikan dengan mematikan beberapa ciri atau mengurangkan tahap sensitivitinya melalui skrin tengah, cukup fleksibel.
Berbaloi atau tidak untuk dimiliki?
Secara keseluruhannya, Leapmotor C10 menawarkan pakej yang sangat menarik untuk sebuah SUV elektrik keluarga. Dengan harga yang kompetitif, model ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang selesa dan stabil, ruang kabin yang luas dan praktikal, serta tahap penggunaan tenaga yang agak baik. Ciri keselamatan yang disematkan juga cukup canggih!
Walaupun terdapat sedikit kekurangan seperti amaran ADAS yang agak ‘agresif’ dan brek yang memerlukan masa untuk penyesuaian, isu-isu ini bukanlah penghalang besar. Kebanyakannya boleh diatasi dengan mudah setelah pengguna terbiasa dengan ciri-cirinya.
Jadi, adakah Leapmotor C10 berbaloi? Pada pendapat penulis, jawapannya ya, terutamanya jika anda mencari SUV elektrik yang selesa, praktikal, dan dilengkapi dengan teknologi terkini pada harga yang kompetitif.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB6823
SELANGOR
BSE3819
JOHOR
JXW3362
PULAU PINANG
PRQ2639
PERAK
ANV2504
PAHANG
CFB6374
KEDAH
KGA3928
NEGERI SEMBILAN
NEF6675
KOTA KINABALU
SJK6701
KUCHING
QAB2775L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025
Berita Berkaitan
EV Leapmotor Bakal Dipasang Di Malaysia, Model C10 CKD Bakal Tiba
Stellantis bersama Leapmotor dan Leapmotor International mengadakan sidang media bagi mengumumkan rancangan CKD EV Leapmotor di Malaysia.
18-04-2025
Ciri Baharu Leapmotor C10 2025 Dibocorkan – Prestasi Jauh Lebih Tinggi?
Jenama kenderaan elektrik (EV) China, Leapmotor, dilaporkan telah memberikan beberapa ciri baharu kepada SUV Leapmotor C10 bagi tahun 2025.
21-03-2025
Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak
Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...
28-01-2025
Leapmotor C10 Kini Rasmi Di Malaysia – Hanya RM149,000 Hingga 30 Nov Ini
Sebentar tadi, Stellantis Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) Leapmotor C10 untuk pasaran Malaysia.
16-10-2024
Penghantaran Leapmotor C10 ke Rantau Asia Pasifik Bermula – Lancar di Malaysia 16 Oktober ini
Jenama automotif ini membuat pencapaian penting dalam pengembangan globalnya melalui penghantaran pertama SUV C10 dari Shanghai ke pelabuhan di seluruh rantau Asia Pasifik,
10-10-2024
SUV Elektrik Leapmotor C10 Versi RHD Dipertontonkan – Bawah RM150K?
Stellantis Malaysia telah mempertontonkan kenderaan elektrik (EV) Leapmotor C10, yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
19-09-2024
Ini Pencapaian Stellantis Malaysia Setelah 100 Hari Beroperasi – Pertumbuhan Jualan Lebih 100%
Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkembangkan pasarannya di Malaysia melalui Stellantis Malaysia.
26-07-2024
EV Jenama China Baharu, Leapmotor C10 Dipertontonkan – Lancar Suku Ke-4 2024
Leapmotor memperkenalkan SUV elektrik terbaru, C10 di Malaysia Autoshow 2024.
22-05-2024
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat