Ini Dia Satu Lagi Model Elektrik BYD, SEAL 06

Nampaknya, BYD sudah bersedia untuk mengembangkan lagi barisan eenderaan elektriknya apabila Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) di China mendedahkan BYD Seal 06 elektrik baru-baru ini.
Kereta sedan ini hadir dengan dua pilihan bateri LFP yang berkapasiti - 46.08kWj (470 KM CLTC) and 56.6kWj (545 KM CLTC).
Dari segi prestasi, Seal 06 EV menawarkan dua pilihan rangkaian kuasa dimana bateri berkapasiti 160 kW mampu menghamburkan kuasa setakat (215 HP), manakala varian bateri 110 kW (148 HP).
Kedua-dua varian ini boleh mecapai kelajuan tertinggi 160 km/j.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4720 mm (panjang), lebar 1,880 mm, setinggi 1,495 mm manakala jarak roda pula, 2,820 mm.
Difahamkan, BYD Seal 06 sebenarnya berkongsi dimensi, konfigurasi bateri serta menawarkan jarak gerak yang sama dengan Qin L elektrik.
Menjengah luarannya, BYD Seal 06 didatangkan dengan gril hadapan jenis tertutup serta dilengkapi dengan salur udara trapezoid di bahagian hadapan,

Selain itu, ia juga hadir dengan lampu hadapan LED jenis tajam manakala pemegang pintu jenis tersembunyi.
Menjengah bahagian belakangnya, ia kelihatan sama dengan Atto 3 versi facelift.Antara yang dikemaskini pada model ini adalah terdapat logo BYD yang baharu dimana ia tidak lagi menggunakan perkataan “Build Your Dreams”.

Malah, Seal 06 ini juga dilengkapi dengan sistem pemanduan pintar asas BYD “God’s Eye” C, yang juga dikenali sebagai DiPilot 100.
Bagi meningkatkan keupayaan pemanduan pintar, kenderaan ini dilengkapi dengan, tiga kamera pada cermin depan, ada kamera tambahan pada fender hadapan dan terdapat kamera pada spoiler bumbung belakang
Gabungan kamera ini membantu meningkatkan ciri pemanduan pintar pada Seal 06 EV.
Di sebalik pengenalan Seal 06 elektrik, BYD juga sudah mengembangkan siri Seal 06 iaitu Seal 06 DM-i dan Seal 06 GT.

Tambahan model ini menunjukkan komitmen BYD dalam memajukan segmen EV dengan menawarkan pelbagai ciri teknologi canggih serta reka bentuk yang menawan.
Memandangkan BYD semakin agresif dalam pasaran eksport, maka ada kemungkinan besar Seal 06 EV akan menerima penukaran kepada pemanduan sebelah kanan dalam masa terdekat.
Ini membuka peluang untuk model ini memasuki pasaran Malaysia sebagai sedan elektrik peringkat permulaan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS8543
SELANGOR
BSU2471
JOHOR
JF3075J
PULAU PINANG
PSG1603
PERAK
APL9371
PAHANG
CFH9321
KEDAH
KGJ3537
NEGERI SEMBILAN
NEM1920
KOTA KINABALU
SJU4351
KUCHING
QAB7134P
Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge