Jualan Kereta Bukan Nasional Menyusut Tapi Lain Pula Buat Kereta Nasional

Nampaknya, jualan kenderaan bukan nasional mencatatkan penurunan yang agak ketara, namun PERODUA kekal menunjukkan prestasi yang stabil di pasaran.
Ini kerana Honda merekodkan jualan 3,413 unit, merosot 51.7 peratus berbanding 7,066 unit pada Januari tahun lalu, manakala Toyota hanya mencatatkan peningkatan kecil 3.5 peratus kepada 3,937 unit daripada 3,803 unit tahun lalu.
Sebaliknya, PERODUA terus menguasai pasaran dengan jualan sebanyak 23,245 unit pada Januari 2025, walaupun susut 21.7 peratus daripada 29,682 unit pada Januari 2024, manakala PROTON turut mencatatkan penurunan kepada 9,267 unit, berbanding 12,775 unit tahun lalu (27.5 peratus).
Sementara itu, jenama terkenal lain seperti Mazda dan Nissan turut mengalami penurunan, masing-masing hanya menjual 691 unit berbanding 1,276 unit pada Januari 2024 (-45.8 peratus) dan 532 unit berbanding 595 unit pada Januari 2024 (-10.6 peratus).


Memetik kenyataan Berita Harian melaporkan bahawa Chery menjadi satu-satunya jenama bukan nasional yang mencatat peningkatan positif, dengan jualan bertambah 6.5 peratus kepada 1,678 unit berbanding 1,576 unit pada Januari 2024.
Mitsubishi pula merekodkan jualan 960 unit, meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus berbanding 948 unit tahun lalu dan Volkswagen menjual 103 unit, merosot 33.1 peratus daripada 154 unit pada tempoh yang sama tahun lalu.

Penganalisis MIDF Research, Amalia Zarir, berkata MBM Resources Bhd mendapat manfaat daripada pendedahannya dalam PERODUA, di mana syarikat sekutunya menyumbang hampir 80 peratus kepada keuntungan sebelum cukai (PBT), menjadikannya satu-satunya syarikat dengan pertumbuhan pendapatan yang stabil secara relatif.
"Bagi pemain lain, trend utama yang berterusan adalah pengurangan pegangan pasaran jenama bukan nasional kepada kemasukan jenama dari China,” katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge