MG Dedah Imej Acah MGS5 EV, Pengganti MG ZS EV


MG dedahkan dua imej acah MGS5 EV
Jenama automotif ikonik British, MG, bersedia untuk memperkenalkan model baharu MGS5 EV dalam masa beberapa minggu lagi. Dua imej acah model yang akan menggantikan MG ZS EV itu kini telah didedahkan.
Platform Sama Seperti MG4 EV
Menurut laporan dalam talian, MGS5 EV dibangunkan menggunakan platform modular boleh diskalakan (MSP) milik SAIC, sama seperti model hatchback MG4 EV yang mendapat sambutan hangat di pasaran-pasaran utama termasuk UK.



MG ES5 yang dilancarkan di pasaran China tahun lalu
Sekiranya imej acah ini kelihatan seperti pernah dilihat sebelum ini, model ini juga sebenarnya adalah versi eksport bagi MG ES5 yang telah pun dilancarkan di China oleh SAIC Motor pada Oktober tahun lalu. Dari segi saiz, MGS5 EV dilaporkan berukuran sekitar 4,480 mm panjang, iaitu 162 mm lebih panjang berbanding MG ZS EV yang kini ditawarkan di pasaran.
Rekaan Luaran yang Lebih Moden
Setakat ini, MG hanya mendedahkan dua imej, satu menunjukkan kereta yang sedang dicas, manakala satu lagi memperlihatkan lampu belakang LED melintang yang besar dengan logo MG yang bercahaya.
Spesifikasi Setanding MG4 EV?
Tiada butiran teknikal diumumkan, namun model dengan platform sama, MG4 EV, yang dipasarkan di Eropah, menggunakan motor tunggal di depan yang menyalurkan kuasa 168 hp atau 201 hp, serta versi dwi-motor berkuasa 429 hp. MGS5 EV dijangka akan hadir dengan pilihan trenkuasa yang sama.
Kabin Lebih Mewah Berbanding MG4 EV

Kabin MG ES5 yang dipasarkan di negara China. Versi yang dieskport ke luar negara dijangka lebih premium berbanding MG4
Walaupun berdasarkan pemerhatian kami MG4 EV secara keseluruhannya menawarkan pakej yang cukup menarik, satu kelemahannya adalah kualiti kabin yang agak sederhana.
MGS5 EV dikhabarkan akan ditawarkan dengan ruang kabin yang lebih premium tanpa memberi kesan kepada harga jualan model MG yang sangat berpatutan.
Lebih banyak maklumat dijangka akan didedahkan menjelang pelancaran rasminya tidak lama lagi.
Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my
Baca: SUV MG ZS EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM125K, Capai 174 HP, 230 KM!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge