MPV Elektrik XPeng X9 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM269,888

Bermaz Xpeng secara rasmi melancarkan XPeng X9. MPV elektrik pintar tujuh tempat duduk kini boleh ditempah di Malaysia dengan harga bermula daripada RM269,888.
Reka Bentuk Futuristik dengan Aerodinamik Optimum

Dari segi ukuran, XPeng X9 memiliki panjang 5,293 mm, lebar 1,988 mm, tinggi 1,785 mm dan jarak Roda 3,160 mm. XPeng X9 menampilkan reka bentuk moden dan aerodinamik serta hadir dengan elemen inovatif seperti gril hadapan “Robot Face” yang dilengkapi lampu siang LED yang melintang. Selain itu, model ini turut hadir dengan sistem Active Grille Shutter (AGS) yang meningkatkan kecekapan aerodinamik.


Dari sudut tepi, X9 kelihatan futuristik dengan bumbung seakan terapung kerana tiang A dan bingkai tingkap digelapkan. Jentera ini juga kelihatan gah dengan cermin yang luas. Aura futuristik diteruskan di bahagian belakang dengan rekaan lampu LED melintang berkelebaran penuh.
Kabin yang Luas & Mewah




Bahagian kabin X9 diinspirasikan daripada kokpit kapal angkasa, dengan susun atur moden dan penggunaan bahan premium seperti venir kayu serta corong pendingin hawa aluminium.



XPeng X9 dilengkapi skrin infotainmen terapung 17.3 inci, skrin hiburan belakang berukuran 21.4 inci dan sistem audio X-Opera bersama 23 pembesar suara.
Aspek keselesaan model ini cukup dititikberatkan dengan pelbagai kelengkapan menarik seperti tempat duduk “Zero Gravity” dengan fungsi urutan, peti sejuk pintar dengan suhu boleh laras sejuk/panas, dan pengecas tanpa wayar berkembar 50W dengan sistem penyejukan.


Jentera ini juga menawarkan ruang yang fleksibel di mana tempat duduk barisan ketiga boleh dilipat secara automatik, membolehkan konfigurasi 7 tempat duduk berubah kepada menjadi 4 tempat duduk yang lebih luas dengan ruang kargo minimum 755 liter dan maksimum 2,554 liter.
Trenkuasa XPeng X9
Kesemua varian XPeng X9 mampu mencatatkan angka kuasa yang sama iaitu 315 hp (235 kW) dan tork 450 Nm. Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km dalam masa sepantas 7.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 200 km/j.

Varian Standard Range 2WD Pro dilengkapi bateri LFP 84.5 kWj dengan jarak pemanduan sehingga 500 km, manakala kedua-dua varian Long Range menggunakan bateri NMC 101.5 kWj dengan jarak pemanduan 590 km.
Dibangunkan di atas platform SEPA 2.0 dengan sistem 800V berasaskan silikon karbida (SiC), penggunaan sistem ini membolehkan jentera menerima pengecasan pantas DC hingga 317 kW yang menawarkan masa pengecasan sepantas 20 minit dari 10% ke 80%.
Model ini dilengkapi dengan fungsi pembekalan kuasa kepada peralatan elektrik iaitu Vehicle-to-Load (V2L) sebanyak 3.3 kW.
XPeng X9 merupakan MPV pertama di dunia dengan sistem stereng roda belakang aktif, membolehkannya membuat pusingan dengan diameter hanya 5.4 meter, setanding kereta kompak. Digabungkan dengan suspensi udara dwi-ruang, sistem ini memastikan kestabilan serta keselesaan optimum dalam pelbagai keadaan jalan raya.
Teknologi Keselamatan XPILOT 2.5
XPeng X9 menampilkan sistem keselamatan XPILOT 2.5 yang merangkumi enam beg udara, kunci keselamatan elektronik untuk kanak-kanak, serta sistem bantuan pemanduan canggih yang menggunakan radar definisi tinggi, sensor ultrasonik, serta kamera HD 360˚ dikuasakan oleh cip Nvidia Orin-X.
Antara teknologi keselamatan penting adalah termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Stop & Go, Kawalan Pemusatan Lorong (LCC), Jelajah Belokan Adaptif (ATC), Bantuan Had Laju Pintar (SAS), serta Penukaran Lorong Aktif (ALC).
Untuk memudahkan parkir, model ini didatangkan dengan sistem Enhanced Auto Parking Assist (EAP 2.0), Auto Exit Parking Assist (AEP) dan Straight Summon, yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih XPeng.
Pilihan Warna & Harga

XPeng X9 ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran iaitu Nebula White, Crescent Silver dan Dark Night Black, manakala bahagian kabin pula ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Starry Night Black dan Moon Shadow Brown, dengan kemasan kulit Leatherette atau Nappa bergantung kepada varian.
Harga jualan bagi tiga varian utama adalah seperti berikut:
- XPeng X9 Standard Range 2WD Pro – RM269,888
- XPeng X9 Long Range 2WD Pro – RM287,888
- XPeng X9 Long Range 2WD Pro Plus – RM299,888
Pembelian adalah termasuk jaminan pengeluar selama 5 tahun atau 120,000 km, servis dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun atau 100,000 km, serta jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV4354
SELANGOR
BSU5892
JOHOR
JG3379J
PULAU PINANG
PSG7312
PERAK
APM4651
PAHANG
CFJ2174
KEDAH
KGJ5700
NEGERI SEMBILAN
NEM3832
KOTA KINABALU
SJU6823
KUCHING
QAB8209P
Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge