ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan Almera 2026 Bakal Dilancar Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Leaf EV generasi ketiga yang kini beralih dari bentuk hatchback kompak kepada SUV crossover sporty, Nissan turut mengumumkan ketibaan beberapa model baharunya dalam "pelan pemulihan" mereka, baru-baru ini.

Salah satu model yang mencuri perhatian ialah sedan misteri yang dipaparkan dalam gambar teaser. 

Berdasarkan imej ini, sedan tersebut dijangka akan menjadi pengganti kepada Nissan Almera ketika ini dan kehadirannya memang dinantikan ramai.

image.png

Buat masa ini,  Nissan tidak mengesahkan bahawa sedan yang dipaparkan dalam gambar teaser itu ialah Almera. 

Sebaliknya, ia dirujuk sebagai “Versa terbaru”, yang dijadualkan akan didedahkan di pasaran Amerika Latin pada  April 2025 atau  Mac 2026.

Untuk makluman, model Almera semasa (N18) sebenarnya dijual sebagai Versa di pasaran tersebut.

Namun, penggunaan frasa "latest Versa" memberi bayangan  bahawa model N18 Almera tidak akan digantikan sepenuhnya dengan generasi baharu.

image.pngimage.png

Sebaliknya, Nissan berkemungkinan besar akan menawarkan model ini dalam bentuk facelift .

Melihat luarannya, ia hadir dengan  garisan C-pillar dimana model yang ditunjukkan dalam teaser ini nampaknya sangat mirip dengan model N18 Almera yang sedia ada.

image.png

Ini menunjukkan bahawa model baharu ini hanyalah  facelift, bukannya generasi serba baharu.

Selain itu, model versi facelift sebenarnya dapat  menjimatkan kos berbanding membangunkan model baharu.

Tindakan ini dilihat berasas memandangkan  Nissan kini menghadapi cabaran kewangan susulan jualan yang merudum selain  gagal mencapai rundingan penggabungan dengan Honda.

Oleh itu, strategi Nissan kini lebih tertumpu kepada penyelesaian yang menjimatkan kos bagi mengekalkan daya saing produknya.

Beberapa bayangan menunjukkan model terbabit akan hadir dengan corak baharu LED lampu nyalaan siang hari  serta kemungkinan besar akan  dipadankan dengan reka bentuk muka depan yang baharu selain rim aloi multi-spoke serba baharu.

image.pngimage.png

Malah, kami juga menjangkan ia akan menampilkan reka bentuk bahagian belakang serba baharu termasuk bahagian kabinnya.

Setakat ini, tiada butiran rasmi mengenai rangkaian kuasa untuk model yang diperkenalkan, namun ia dijangka bergantung kepada pasaran masing-masing.

image.png

Bagi pasaran Asia, ada kemungkinan besar, Nissan akan mengekalkan enjin 1.0-liter 3-silinder turbo bersama transmisi CVT seperti yang terdapat pada model N18-gen Almera sekarang.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX9715

SELANGOR

BSU9607

JOHOR

JH2516J

PULAU PINANG

PSH3426

PERAK

APM8470

PAHANG

CFJ3803

KEDAH

KGJ7694

NEGERI SEMBILAN

NEM5578

KOTA KINABALU

SJV1342

KUCHING

QAB9761P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

28-03-2025
Kereta Baru

05-01-2024
Berita Auto

28-08-2023
Tips

16-08-2023
Video

Review Nissan Almera Tomei Turbo VLT | Masih Relevan?

Review Nissan Almera Tomei Turbo VLT | Masih Relevan?

Berita Auto

13-01-2023
Berita Auto

04-01-2023
Berita Auto

18-08-2022

Berita Terkini

Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.