ROI EV Premium, Aion Hyptec HT, Dibuka – SUV Sporty Dengan Pintu 'Falcon'
![]()
GAC Aion Malaysia memberi bayangan awal atau teaser untuk model terbarunya, Aion Hyptec HT. Melalui hantaran di Facebook, jenama ini mengumumkan pembukaan pendaftaran minat (ROI) bagi SUV elektrik ini, yang boleh dibuat melalui laman web rasminya.
Model yang dikenali sebagai Aion Hyper HT di China ini, pertama kali diperkenalkan di Malaysia semasa Malaysia Autoshow (MAS) 2024 tahun lalu. Hyptec HT disasarkan sebagai pencabar dalam segmen SUV elektrik bersaiz sederhana, bersaing dengan model seperti XPeng G6, BYD Sealion 7 dan model yang bakal tiba, Zeekr 7X.
SUV Coupe Sporty dengan Ciri Unik


Walaupun dikelaskan sebagai SUV bersaiz sederhana, Aion Hyptec HT hadir dengan ukuran yang lebih besar berbanding pesaingnya. Ia berkepanjangan 4,935 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,700 mm dan memiliki jarak roda 2,935 mm.

Salah satu ciri uniknya ialah pintu belakang dengan bukaan jenis ‘falcon,’ memberikan sentuhan eksklusif kepada rekaannya.
Reka bentuk model ini secara keseluruhannya ialah sebuah SUV coupe sporty yang seakan-akan XPeng G6.
Kabin Mewah, Dilengkapi Teknologi Terkini


Sebagai model yang lebih premium dalam barisan Aion, Hyptec HT menjanjikan pengalaman kabin yang mewah. Antara ciri penting ialah skrin infotainmen bersaiz besar 14.6 inci, tempat duduk belakang ‘First Class’ lengkap dengan meja lipat, serta sistem audio 22 speaker dengan teknologi Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang mengasyikkan.
Prestasi & Jarak Pemanduan

Setakat ini, GAC Aion Malaysia hanya mendedahkan bahawa Hyptec HT mampu mencapai jarak maksimum sehingga 600 km. Sekiranya angka ini berdasarkan standard NEDC, bermaksud ianya versi sama dengan spesifikasi model yang dipasarkan di Indonesia dan Thailand, yang menggunakan pek bateri 83.3 kWj serta motor pacuan belakang (RWD) berkuasa 335 hp (340 ps) dan 430 Nm. Dengan sistem trenkuasa ini, ia mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 5.9 saat.
Jangkaan Harga di Malaysia
Di Thailand, Aion Hyptec HT ditawarkan pada harga THB 1.449 juta (~RM188,788), manakala di Indonesia, bermula daripada IDR 685 juta (~RM182,925). Jika GAC Aion Malaysia dapat mengekalkan harga jualan dalam lingkungan yang sama, SUV elektrik ini bakal memberikan saingan yang sengit kepada jenama China lain di pasaran tempatan.
Dengan lambakan model EV premium di Malaysia, mampukah Aion Hyptec HT menarik perhatian pembeli? Kita nantikan pelancaran rasminya tidak lama lagi.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat