Serlahkan Kreativiti Beraya Dengan S70, Proton Tawar Hadiah Tunai Lumayan

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Proton mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan #RAYASTYLOWITHS70. Hanya dengan menghasilkan video pendek raya bersama Proton S70, orang ramai berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan berjumlah RM42,000!
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, Proton S70 melambangkan transformasi, sama seperti raya yang menjadi simbol pembaharuan selepas sebulan berpuasa.
“Kami mahu rakyat Malaysia menzahirkan gaya raya mereka dengan Proton S70 sebagai inspirasi. Sama ada tarian viral di hadapan lampu LED atau detik indah bersama keluarga di ruang kabinnya yang luas, kami tidak sabar untuk melihat kreativiti yang akan dipersembahkan,” katanya.
Cara untuk Menyertai #RAYASTYLOWITHS70
Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hanya perlu:
1- Muat naik video di TikTok (boleh dikongsi serentak ke platform media sosial lain).
2- Gunakan hashtag rasmi #RAYASTYLOWITHS70 dan tag @ProtonCarsOfficial.
Pemenang akan ditentukan berdasarkan tiga video dengan jumlah tanda suka tertinggi di mana hadiah wang tunai berikut bakal dimenangi (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan):
- Tempat Pertama: RM10,000
- Tempat Kedua: RM5,000
- Tempat Ketiga: RM3,000
Proton S70 Model Segmen C Terlaris



Sejak dilancarkan, Proton S70 terus menjadi pilihan ramai, dengan jualan mencecah 18,880 unit dalam tempoh hanya setahun setelah dilancarkan. Ia juga mengatasi pesaing terdekatnya dengan perbezaan 8,470 unit, mencerminkan populariti sedan ini. Bagi tahun 2025, model ini kekal laris dengan jualan mencecah 1,143 unit pada Januari dan 1,197 unit pada Februari.
Daya tarikan utama S70 ialah harganya yang sangat kompetitif, dengan varian tertinggi 1.5T Flagship X kekal di bawah RM100,000 yang mana harganya sama seperti sedan segmen B walaupun berdiri sebagai sebuah sedan segmen C.

Dengan enjin 1.5L turbo berkuasa 148 hp dan 226 Nm dan transmisi DCT tujuh kelajuan, model ini boleh membuat pecutan 0-100 km/j dengan lancar dalam masa sepantas 9 saat.
Tempoh Pertandingan
Pertandingan #RAYASTYLOWITHS70 berlangsung dari 17 Mac hingga 18 April akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Proton atau ikuti @ProtonCarsOfficial di media sosial.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat