Proton S70 Berjaya Tambat Hati Rakyat M'Sia Sebab Harga Mampu Milik!

Dalam tahun 2024, Proton S70 telah berjaya mendominasi pasaran automotif Malaysia dalam segmen C sehingga mendahului pesaing sedan terdekatnya sebanyak 8,470 unit.
Segmen ini sebenarnya telah lama didominasi oleh jenama-jenama kereta dari Jepun selama berdekad-dekad namun, S70 yang dilancarkan pada November 2023, berjaya menambat hati rakyat Malaysia.
Untuk itu, Proton S70 terus mengekalkan momentum lebih 1,000 unit sejak awal 2024, dengan 1,143 unit terjual pada Januari dan 1,197 unit pada Februari.

Dengan 18,880 unit terjual pada tahun lalu, pemimpin segmen-C ini mendahului pesaing sedan terdekatnya sebanyak 8,470 unit, manakala jualan tertinggi dicatatkan pada Februari 2024, iaitu 2,290 unit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, “Proton S70 bukan sekadar bersaing, tetapi turut menerajui jualan sedan segmen-C di Malaysia.
"Ia menawarkan alternatif yang cukup menarik kepada generasi baharu pembeli kereta Malaysia, selain membuktikan bahawa nilai, prestasi, dan gaya boleh wujud bersama dalam satu pakej yang luar biasa,” katanya.

Model ini semakin diminati kerana menawarkan pengalaman segmen-C pada harga segmen-B.
Proton S70 membezakan dirinya dengan enjin turbo 1.5L (150PS, 226Nm) dan transmisi klac dwi 7-kelajuan, memberikan keseimbangan sempurna kuasa, kecekapan, dan keseronokan pemanduan.
Ruang dalaman yang luas, ciri keselamatan ADAS yang canggih, dan kos pemilikan yang rendah berbanding pesaing Jepun.


Sementara itu, kajian yang dijalankan ke atas hampir 200 pembeli S70 mendapati bahawa sejumlah pemilik tidak mempertimbangkan model lain, kerana mereka melihat S70 sebagai produk yang istimewa dalam kategorinya.
Walaupun ada pembeli yang mempertimbangkan model Jepun lain, pakej lengkap Proton S70 akhirnya menjadi pilihan utama.

Selain daripada tawaran nilai yang berbaloi, S70 turut menawarkan pelbagai teknologi canggih dan ciri keselamatan.
Malah, hasil tinjauan turut menunjukkan 56% responden memilih S70 kerana harga yang mampu milik berbanding jenama lain.
Jika dikaji dengan lebih teliti, 46% pembeli tertarik kepada reka bentuk kabin yang menarik, 41% menyukai reka bentuk luaran yang menawan, dan 40% memuji penghantaran kuasa yang lancar.
-full_normal.jpg)
Jika anda berminat untuk membeli Proton S70, Proton ada melancarkan promosi Buka Lembaran Baharu sepanjang bulan ini, dimana Proton menawarkan rebat tunai sehingga RM8,000 kepada pembeli Proton S70.
Untuk itu, pembeli model Flagship X juga akan menerima Aerokit percuma bernilai RM3,130, dan tambahan RM2,000 tersedia untuk sokongan tukar beli, menghasilkan nilai pakej keseluruhan berpotensi sebanyak RM13,000.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4976
SELANGOR
BSV1295
JOHOR
JH4296J
PULAU PINANG
PSH4118
PERAK
APM9627
PAHANG
CFJ4115
KEDAH
KGJ8212
NEGERI SEMBILAN
NEM5912
KOTA KINABALU
SJV1864
KUCHING
QAB219Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


