Spesifikasi MG4 Terbaru Didedahkan – Lebih Besar, Ringan & Menyerlah

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China telah mendedahkan permohonan baharu daripada MG untuk model hatchback elektrik MG4. Spesifikasi yang didedahkan menunjukkan bahawa model ini telah diberikan perubahan dalam pelbagai aspek termasuk rekaan dan mekanikal.
Rekaan Lebih Menyerlah


Rekaan terbaru MG4 yang didedahkan MIIT China (kiri) dan MG4 yang kini ditawarkan di pasaran (kanan)
Dari segi ukuran, model baharu ini lebih besar berbanding generasi sebelumnya, dengan dimensi sepanjang 4,395 mm, lebar 1,842 mm, tinggi 1,551 mm, serta jarak roda 2,750 mm. Sebagai perbandingan, MG4 terdahulu berukuran 4,287 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,516 mm tinggi dan jarak roda 2,705 mm. Jarak rodanya bertambah sebanyak 45 mm berbanding model yang kini berada di pasaran.


Reka bentuk belakang MG4 terbaru (kiri) dan MG4 yang kini ditawarkan di pasaran (kanan)
Turut menerima sentuhan baharu ialah reka bentuknya. Bahagian depan, pintu dan belakang diberikan rekaan semula, termasuk bumbung yang lebih aerodinamik. Rekaannya dilihat banyak mengambil inspirasi daripada MG3, dengan elemen tambahan yang menyerupai model MG Cyberster.

Elemen rekaan MG4 terbaru
Di bahagian belakang, model ini diberikan jalur LED lebar yang moden dan lampu belakang berbentuk anak panah untuk yang membuatkannya kelihatan lebih menyerlah.
Lebih Ringan, Lebih Efisien
Dari segi prestasi, MG4 baharu dikuasakan oleh motor elektrik 120 kW, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 160 km/j dengan berat keseluruhan 1,485 kg. Sebagai perbandingan, model semasa menggunakan motor 125 kW yang dipasang di bahagian belakang tetapi dengan badan yang lebih berat iaitu 1,641 kg. Pengurangan berat ini menunjukkan bahawa model ini mungkin memiliki tahap penggunaan tenaga yang lebih efisien dan nisbah berat-kuasa yang lebih baik.
![]()
Buat masa ini, tiada maklumat didedahkan mengenai varian lain, tetapi dijangka beberapa pilihan dijangka akan ditawarkan, termasuk versi berprestasi tinggi seperti MG4 XPower. Di Malaysia, MG4 ditawarkan dalam empat varian, dengan model XPower dikuasakan oleh dua motor, pacuan semua roda (AWD) berkuasa 429 hp (320 kW) dan tork 600 Nm.
Bateri untuk model baharu ini dijangka masih menggunakan unit lithium logam fosfat (LFP) yang dibekalkan oleh Rept Battero Energy, namun kapasiti spesifik masih belum didedahkan. Untuk makluman, varian asas MG4 sedia ada menggunakan bateri 51 kWj.
Persaingan Sengit, Jualan Merosot di China

Kemaskini menyeluruh pada MG4 ini berkemungkinan salah satu daripada strategi MG untuk menghidupkan kembali jualan model ini yang merosot selepas kemuncak awal pada pertengahan 2022. MG4 kini berdepan saingan sengit daripada model seperti BYD Dolphin, Wuling Bingo dan Geely Xingyuan. Pada Februari lalu, hanya 13 unit MG4 terjual di China, mencerminkan cabaran yang dihadapi oleh jenama itu di pasaran domestik.
Sebaliknya, jualan MG4 di luar China menunjukkan prestasi lebih memberangsangkan. Di Malaysia, sebagai contoh, sebanyak 64 unit MG4 telah terjual dalam tempoh dua bulan pertama 2025, menandakan permintaan yang positif terhadap model ini.
Sumber: CarNewsChina
Baca: MG4 EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM103,999, Capai 429 HP & 520 KM!
Baca: Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge