Perhatian: MG4 Turun Harga, Pelanggan Kini Boleh Jimat Hingga RM28,000

MG Motor Malaysia menetapkan harga baharu untuk model hatchback elektrik paling hangat di pasaran, MG4 semalam.
Berdasarkan harga baharu, varian Lux MG4 kini ditawarkan pada harga RM100,888, RM128,888 untuk varian Lux Extended manakala. RM138,888 bagi varian berprestasi tinggi XPower.
Difahamkan, penetapan harga baharu ini memberi pelanggan penjimatan melebihi RM28,000 sekali gus meningkatkan lagi daya tarikan MG4 sebagai EV bernilai hebat dalam kelasnya.
Langkah strategik ini mengukuhkan komitmen MG Motor Malaysia untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah dicapai oleh rakyat Malaysia sambil terus menawarkan gaya, teknologi dan prestasi luar biasa dalam satu pakej yang memikat.


Bagi meningkatkan lagi nilai pemilikan, setiap MG4 hadir bersama pengecas AC Wallbox 7kW AC percuma 1 atau kredit pengecasan, memberikan penjimatan tambahan sehingga RM10,000 untuk varian MG4 XPower dan MG4 Lux Extended serta RM7,000 untuk MG4 Lux.


MG4 turut didatangkan dengan perlindungan waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, waranti bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 180,000 km, serta waranti motor pemacu dan unit kawalan motor selama 8 tahun atau 160,000 km, mengikut mana-mana yang terdahulu.
Untuk keterangan lanjut mengenai MG4, KLIK!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4340
SELANGOR
BSV2803
JOHOR
JH7397J
PULAU PINANG
PSH5312
PERAK
APN2014
PAHANG
CFJ4592
KEDAH
KGJ9043
NEGERI SEMBILAN
NEM6513
KOTA KINABALU
SJV2879
KUCHING
QAB643Q
Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MG4 EV 2026 Didedahkan Di China – Pilihan Bateri Separa Pepejal
MG secara rasmi mendedahkan MG4 EV serba baharu bagi model tahun 2026 di acara automotif Chengdu Auto Show 2025, yang kini sedang berlangsung di China.
02-09-2025
Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900
MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.
18-06-2025
Spesifikasi MG4 Terbaru Didedahkan – Lebih Besar, Ringan & Menyerlah
Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China telah mendedahkan permohonan baharu daripada MG untuk model hatchback elektrik MG4.
20-03-2025
TikToker Gigih Rakam Video, Selepas MG4 Terlibat Dalam Kemalangan
Iman sempat menunjukkan keadaan kereta MG4 selepas terlibat dalam satu kemalangan, baru-baru ini.
04-10-2024
MG Malaysia Kini Miliki 10 Pusat Pengedaran di Seluruh Negara – Sasar Lebih Banyak Lokasi Tahun Ini
MG Malaysia (SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd) hari ini mengumumkan bahawa mereka kini memiliki 10 cawangan pengedar sah di seluruh Malaysia.
19-04-2024
MG4 EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM103,999, Capai 429 HP & 520 KM!
Ini spesifikasi terperinci MG4 EV.
27-03-2024
Pratonton MG4 EV: 4 Varian, Capai 520 KM, Harga Dari RM104K
Ini dia spesifikasi terperinci MG4 EV yang bakal masuki pasaran tempatan tak lama lagi.
28-02-2024
Jenama IM Motors Digantikan Kepada MG, Satu Langkah Strategik Agar Laris?
Jenama kereta IM bakal ditukarkan kepada MG. Kenapa?
26-02-2024
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

