SUV Ultra Mewah, Zeekr 9X Grand Didedahkan Di China – PHEV Off-Road

Zeekr telah memperkenalkan model terbarunya, sebuah SUV ultra mewah, Zeekr 9X Grand, yang juga digelar sebagai "SUV flagship ultra mewah bertaraf dunia." Model ini bukan hanya SUV flagship pertama di bawah Zeekr, tetapi juga yang pertama di bawah Geely Group.
Sentuhan Premium
Berdasarkan imej rasmi yang didedahkan, Zeekr 9X Grand tampil dengan bentuk badan SUV yang tegap dan berkotak, menyerlahkan karakter sebuah kenderaan lasak yang mewah.

Bahagian depan model ini masih diselubungi pelekat samaran, namun beberapa perincian badannya masih boleh dilihat dengan jelas seperti kehadiran lampu depan LED dua tingkat (dual stack) berbentuk petak, gril tertutup, serta sistem LiDAR yang dipasang pada bumbung.
Dari sudut tepi, rekaannya kelihatan hampir sama seperti Rolls-Royce Cullinan, dengan bumbung panjang dan bentuk tiang D yang condong. SUV ini juga menampilkan pemegang pintu jenis terbenam untuk aerodinamik, dan penutup pengecas di tiang belakang kiri yang membuktikan bahawa ia akan menggunakan sistem elektrik. Selain itu, saiz rimnya kelihatan besar, dianggarkan sekurang-kurangnya 20 inci.
Baca: SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!
Dari segi dimensi, 9X Grand dijangka lebih besar berbanding MPV elektrik Zeekr 009 dengan kepanjangan lebih daripada lima meter.
Keupayaan Off-Road Diserlahkan dalam Video Acah


Selain imej rasmi, Zeekr turut menerbitkan video acah pendek, yang menunjukkan 9X Grand sedang diuji dalam keadaan bersalji. Walaupun spesifikasi terperinci masih belum didedahkan, video ini menunjukkan SUV ini mungkin mempunyai keupayaan off-road sebenar, selaras dengan statusnya sebagai sebuah SUV ultra mewah.
Sistem Hibrid Plug-In (PHEV)
CarNewsChina melaporkan bahawa Zeekr 9X Grand hanya akan ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV), menggunakan Zeekr Super Hybrid System, iaitu versi yang telah dipertingkatkan daripada sistem Thor PHEV Geely.
Sistem ini merangkumi enjin petrol 1.5L 4 silinder aspirasi natural dengan output 110 hp, unit pemacu elektrik 11 dalam 1 yang meningkatkan kecekapan sistem serta pek bateri LFP Aegis, yang dijangka memberi julat pemanduan elektrik lebih jauh.
Dilancarkan Pada Suku Ketiga Tahun Ini

Lebih banyak maklumat mengenai Zeekr 9X Grand dijangka akan didedahkan menjelang pelancarannya pada suku ketiga tahun ini. Namun sebelum itu, SUV ini dikatakan mungkin akan membuat penampilan sulung di Auto Shanghai 2025 yang dijadualkan akan berlangsung pada hujung April.
Baca: Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge