Tempahan Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka – Anggaran RM450K


Tempahan Volvo EX90 (kiri) dan XC90 facelift (kanan) kini telah dibuka
Selepas pendaftaran minat (ROI) dibuka awal bulan ini, Volvo Car Malaysia (VCM) kini telah membuka tempahan untuk kedua-dua SUV flagship terbarunya, Volvo EX90 dan XC90 facelift. Model tujuh tempat duduk ini dijangka akan membuat kemunculan rasminya di Malaysia tidak lama lagi, dengan harga yang dianggarkan sekitar RM450,000.
Volvo EX90 Sebuah SUV Elektrik Premium yang Moden & Canggih


Volvo EX90 Twin Motor spesifikasi pasaran Malaysia
SUV elektrik dengan tujuh tempat duduk pertama Volvo, EX90, menampilkan reka bentuk moden yang bakal dijadikan sebagai asas kepada rekaan EV Volvo di masa hadapan.
Antara ciri utama rekaan model ini adalah termasuk sudut depan tanpa gril dengan lampu LED berbentuk tukul Thor, lampu belakang LED berbentuk C dengan jalur LED memanjang pada tiang D.






Dari tepi, model ini menyerlahkan gaya badan SUV konvensional dengan rim aloi 21 inci. EX90 juga dilihat hadir dengan unit LiDAR yang dipasang pada bahagian bumbung, menjadikannya kereta pertama di Malaysia yang dilengkapi teknologi ini.






Bergerak masuk ke bahagian dalam, EX90 menyerlahkan aura mewah dan teknologi canggih, antaranya skrin infotainmen 14.5 inci dengan sistem operasi Google, kluster instrumen digital kecil dengan papar pandu (HUD).


Tempat duduk depannya boleh dilaraskan secara automatik dan untuk keselesaan optimum, ia turut hadir dengan fungsi pengudaraan, bersesuaian dengan cuaca panas Malaysia.
Aura premium terserlah melalui penggunaan kemasan kayu dan sistem sistem audio Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara.
Untuk pasaran global, EX90 hadir dalam dua varian iaitu Twin Motor AWD dan Twin Motor Performance AWD.
Varian Twin Motor AWD mampu menghamburkan kuasa 402 hp (300 kW) dan tork 770 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam 5.9 saat. Kuasa dibekalkan oleh bateri 111 kWj yang membolehkannya mencapai jarak perjalanan sehingga 600 km (WLTP) dengan satu cas penuh.
Varian yang lebih tinggi, Twin Motor Performance AWD menjanjikan prestasi yang lebih mantap dengan output kuasa 510 hp (380 kW) dan tork 910 Nm. Varian ini boleh membuat pecutan abad sepantas 4.9 saat. Dengan sekali cas, ia boleh mencapai jarak maksimum 590 km (WLTP), walaupun menggunakan bateri dengan kapasiti yang sama seperti varian lebih rendah.
Volvo XC90 Facelift Diberikan Peningkatan Ketara




Model seterusnya yang bakal dilancarkan secara rasmi ialah XC90 facelift. Model ini menerima penyegaran reka bentuk yang diinspirasikan daripada EX90, termasuk lampu depan LED berbentuk tukul Thor yang terbaru dan lampu kabus menegak.
Selain itu, gril depan kini dengan corak garisan serong, komponen ambilan udara lebih besar dan rekaan lampu belakang LED berbentuk L yang terkini.




Ruang kabin XC90 juga menerima kemas kini mewah dengan kemasan baharu yang diperbuat daripada bahan kitar semula dan beberapa lagi peningkatan lain, termasuk skrin infotainmen 11.2 inci terbaru dengan sistem operasi Google dan tempat pemegang cawan dalam rekaan baharu untuk meminimumkan penggunaan ruang pada konsol tengah.


Dari segi kuasa, varian XC90 T8 kini menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV) yang telah diperbaik dengan enjin petrol 2.0L turbo 4 silinder (306 hp), motor elektrik 143 hp dan jarak pemanduan elektrik yang lebih tinggi, meningkat kepada 70 km (WLTP).
Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan awal Volvo EX90 dan XC90 facelift melalui portal web rasmi Volvo Car Malaysia atau dengan mengunjungi mana-mana pusat pengedaran sah Volvo terdekat.
Baca: Sedan Elegan Volvo ES90 Didedahkan – 671 HP, 700 KM, Cas Sepantas 20 Minit
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9305
SELANGOR
BSQ9152
JOHOR
JYB433
PULAU PINANG
PSD1857
PERAK
APJ3062
PAHANG
CFG8124
KEDAH
KGG5705
NEGERI SEMBILAN
NEK6837
KOTA KINABALU
SJS4608
KUCHING
QAB223P
Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat