Trak Pikap JAC T9 Diesel, BEV Dilancar, Harga Marhaen

Evolvelectric Motors Sdn Bhd (Evolvelectric Motors) melancaran secara rasminya, trak pikap mewah JAC T9 ‘double-cab’ yang diimport sepenuhnya dari China, sebentar tadi.
Untuk pasaran tempatan, ada dua pilihan rangkaian kuasa yang ditawarkan, iaitu versi 2.0L diesel turbo serta varian Battery Electric Vehicle (BEV).


T9 diesel dijual pada harga pada harga bermula dari RM119,888 (Semenanjung Malaysia), atas jalan tidak termasuk insurans.
Ia hadir dengan jaminan 8 tahun dengan tanpa had perbatuan untuk pemilik atau pembeli yang pertama atau dengan syarat salah satu yang digunakan dahulu.

Malah, ia juga hadir dengan jaminan sehingga 5 tahun atau tanpa had perbatuan (dengan syarat salah satu yang digunakan dahulu).
Bagi T9 BEV pula, ia ditawarkan pada harga RM199,888 (Semenanjung Malaysia), atas jalan tidak termasuk insurans.
Ia hadir dengan jaminan 6 tahun atau 200,000km untuk bateri dengan syarat salah satu yang digunakan dahulu.
Menjengah bahagian luarannya, JAC T9 datang dengan ciri seperti lampu utama LED, lampu nyalaan siang DRL LED, lampu belakang LED, tempat pemijak sisi, sports bar belakang, serta rel bumbung.
Menjengah bahagian kabinnya kabin, JAC T9 menyediakan skrin kluster tujuh inci, skrin tengah 10.4 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, tempat duduk hadapan larasan enam tahap, sistem pencahayaan ambien, pengecasan peranti tanpa wayar dan enam pembesar suara.
Mengenai ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan tujuh beg udara, kamera keliling 360 darjah, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), brek kecemasan autonomi (AEB), amaran keluar lorong (LDW), kawalan jelajah adaptif (ACC) dan sistem pengecaman papan tanda trafik (TSRS).
Kedua-dua versi T9 membawakan ukuran dimensi yang sama, panjang 5,330 mm, lebar 1,965 mm, tinggi 1,920 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,110 mm.
Varian diesel T9 dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder turbodiesel yang mampu menjana kuasa sebanyak 125kW dan 410Nm dari 1,500rpm hingga 2,500rpm.
Enjinnya digandingkan dengan transmisi automatik ZF lapan kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda belakang.

Sementara itu, T9 BEV 4x4 pula dikuasakan oleh bateri LFP 88kWh daripada Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), yang mana ia memberikan jarak pemanduan sekitar 340km WLTP dengan satu pengecasan penuh.
Ia yang menggunakan tetapan dua motor mampu menghasilkan kuasa setakat 220kW dan tork 516Nm. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.5 saat sementara kelajuan maksimum pula 140km/j.

Trak ikap ini mampu menampung pengecasan pantas DC hingga 88kW, dimana bateri untuk mencapai tahap 15%-80% dalam masa 45 minit. Pengecas AC pula boleh mengecas dari 15%-100% dalam masa sekitar 8 jam 30 minit.
Trak pikap ini mampu menampung pengecasan pantas DC hingga 88kW, membolehkan bateri untuk mencapai tahap 15%-80% dalam masa 45 minit. Pengecas AC pula boleh mengecas dari 15%-100% dalam masa sekitar 8 jam 30 minit.
Bagi yang berminat, kedua-duanya hadir dalam warna merah, hitam, putih, silver dan kelabu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6830
SELANGOR
BSU2167
JOHOR
JF2454J
PULAU PINANG
PSG1277
PERAK
APL9041
PAHANG
CFH9183
KEDAH
KGJ3437
NEGERI SEMBILAN
NEM1780
KOTA KINABALU
SJU4217
KUCHING
QAB7048P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
