Tunku Jefri, Tunku Abu Bakar Sedia Pandu Corvette Z06 Musim 2025

Johor Motorsports Racing (JMR) kini menjalinkan kerjasama dengan pembuat kenderaan terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), Chevrolet.
Kerjasama ini menyaksikan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar bakal memandu Corvette Z06 GT3.R sepanjang musim perlumbaan 2025.
Ini menjadikan JMR merupakan pasukan pertama di Asia Tenggara yang menurunkan Corvette Z06 GT3.R dengan dua penyertaan musim ini.

Pengarah Kejuruteraan Pertandingan Permotoran GM, Mark Stielow berkata, pihaknya teruja menerima JMR sebagai pasukan pelanggan Corvette Z06 GT3.R di rantau ini.
“Kami gembira menyambut Tunku Jefri, Tunku Abu Bakar dan JMR ke dalam keluarga Corvette. Ini juga satu peluang besar untuk kembangkan jenama Corvette ke pasaran baharu,” katanya
Sejak penampilan pertama mereka pada 2019, pasukan JMR telah memenangi tiga gelaran kejuaraan dan memperoleh 53 podium.

Antara musim paling berjaya bagi pasukan ini adalah pada tahun 2022 apabila mereka merangkul kejuaraan GT World Challenge Asia Team dan Pro-Am Drivers’ Championships (Tunku Abdul Rahman) serta GT Australia Endurance Championship.
Tunku Abdul Rahman juga muncul sebagai naib juara Pro-Am dalam GT World Challenge Australia 2021 dan Asian Le Mans Series 2024.
Sementara itu, Tunku Abu Bakar menamatkan saingan sulungnya sebagai naib juara dalam GT World Challenge Asia 2023.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW3792
SELANGOR
BSU6804
JOHOR
JG5470J
PULAU PINANG
PSG9507
PERAK
APM5669
PAHANG
CFJ2729
KEDAH
KGJ6370
NEGERI SEMBILAN
NEM4317
KOTA KINABALU
SJU7827
KUCHING
QAB8623P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Desupan Corvette Z06, Mampu Hambur 670 Kuasa Kuda
Chevrolet mendedahkan jentera baharunya, Corvette Z06.
10-12-2021
Desupan Corvette Z06, Mampu Hambur 670 Kuasa Kuda
Chevrolet mendedahkan jentera baharunya, Corvette Z06.
10-12-2021
Berita Terkini
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
