ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Bakal Dedah Masa Depan Mobiliti Pintar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sama seperti pembuat kereta China yang lain, Chery juga sudah bersiap sedia untuk mendedahkan barisan model dan trenkuasa hibrid serba baharu serta mobiliti pintar  dalam pameran yang dikenali Chery Lifeto sempena  Auto Show Shanghai 2025.

image.png

Pameran ini akan menggabungkan inovasi dalam rangkaian kuasa hibrid, ekosistem AI dan rekaan yang menawarkan gambaran sekilas tentang masa depan mobiliti pintar dan mampan.

Setakat ini, kemuncak terbesar pameran ini ialah pelancaran teknologi rangkaian kuasa hibrid baharu jenama itu, yang dikenali sebagai Chery Super Hybrid (CSH). 

Sistem hibrid khusus generasi kelima oleh Chery ini adalah hasil penyelidikan yang disokong oleh sistem R&D global yang merangkumi lapan pusat dengan lebih daripada 300 makmal canggih.

image.png

Antara perkara yang dicapai oleh sistem CSH baharu ialah kecekapan haba sehingga 44.5%, yang telah menetapkan penanda aras baharu untuk rangkaian kuasa hibrid di seluruh dunia. 

Antara yang akan ditunjukkan adalah Stepless Super Electric Hybrid DHT, yang menjanjikan pecutan yang berkuasa dimana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 4.26 saat.

Dengan kuasa hibrid bersama sistem berprestasi tinggi yang disediakan dalam CSH boleh beroperasi dalam suhu melampau dari 35°C hingga 60°C, dengan sembilan mod kerja. 

Bateri ini sebenarnya dilindugi oleh  Sistem Perlindungan Bateri "Guardian" yang menambahkan lapisan  keselamatan tambahan dan sangat berguna untuk perjalanan jauh atau beban tinggi.

Jadi, para engunjung pameran Auto Shanghai 2025 boleh melihat sistem CSH baharu Chery dalam barisan penuh produk, termasuk model daripada barisan SUV Tiggo Chery seperti Tiggo 7, Tiggo 8 dan perdana Tiggo 9.

image.png

Di sebalik persediaan hibrid baharu,  Chery Life di Auto Shanghai 2025 juga akan menyertakan beberapa inovasi bersepadu gaya hidup, seperti pelbagai penyelesaian pengecasan pintar,  daripada stesen pengecasan rumah kepada pengecas awam berasaskan kad.

 Tidak lupa, barisan baharu aksesori sedia perkhemahan dan susun atur kenderaan modular juga akan dipersembahkan untuk menunjukkan fleksibiliti SUV Chery.

Sebagai penutupan pameran Chery Life,  beberapa inovasi yang dipacu AI Chery akan didedahkan , termasuk robot AI yang dibangunkan dalaman yang dikenali sebagai AiMOGA, serta rakan robotik anjingnya juga didedahkan kepada umum.

Rakan pintar ini akan melakukan pelbagai aksi dan permainan interaktif yang sebenarnya  dikuasakan AI.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1817

SELANGOR

BST1296

JOHOR

JC8435J

PULAU PINANG

PSE9277

PERAK

APK8472

PAHANG

CFH5129

KEDAH

KGH6528

NEGERI SEMBILAN

NEL5286

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.