Auto Shanghai 2025: Geely Galaxy Cruiser SUV Masa Depan Yang Boleh ‘Berlayar’ Atas Air

Geely menggegarkan pentas Auto Shanghai 2025 dengan pengenalan SUV konsep futuristik, Galaxy Cruiser, yang direka dengan kemampuan kemampuan luar biasa.
Rekaan Gagah ala Defender, Tetapi…
Dengan bentuk bersegi dan tegap yang mengingatkan kita kepada Land Rover Defender, Galaxy Cruiser tampil dengan identiti tersendiri, bukan sekadar lasak, tetapi juga dipacu teknologi canggih.
SUV ini mampu menukar sistem pacuannya secara automatik antara roda depan, belakang dan kesemua roda. Selain itu, ia juga boleh bertukar kepada pelbagai jenis mod trenkuasa antara elektrik penuh, hibrid dan jarak jauh (extended-range).
Tiada yang Mustahil dengan Teknologi AI

Jantung sistem kenderaan ini ialah teknologi AI full-domain milik Geely yang mengawal sepenuhnya sistem kenderaan secara langsung yang memberikan tindak balas yang sepantas kilat terhadap perubahan jalan dan kawasan persekitaran.
Selain itu, dengan sokongan casis digital berteknologi tinggi, Galaxy Cruiser boleh melakukan pergerakan kompleks seperti pusingan radius sifar, crab walk (bergerak sisi seperti ketam) dan drift secara automatik! SUV ini juga dikatakan boleh terus bergerak dengan lancar walaupun tayar pancit.
Mampu Mengapungkan Diri


Keunikan sebenar Galaxy Cruiser terserlah apabila ia didakwa mampu mengapung sehingga dua jam di atas permukaan air.
Dilengkapi sistem sonar dan radar air terbina seperti kapal selam, SUV ini boleh menyusuri air pada kelajuan 8.5 km/j dengan kemampuan meredah air pada kedalaman sehingga 800 mm.
Golden Short Blade Battery


Galaxy Cruiser dipacu oleh bateri generasi baharu “Golden Short Blade” yang dibangunkan sepenuhnya oleh Geely.
Ciri utama bateri ini termasuk kepadatan tenaga tinggi, sistem penyejukan lebih efisien dan lapisan kalis peluru bagi mengelakkan isu kebakaran dan letupan.
Bateri ini diperkenalkan sebagai produk sulung di bawah cabang bateri baharu Geely, Ji Yao Tong Xing, yang ditubuhkan dengan tujuan untuk memantapkan lagi standard keselamatan, pengecasan pantas dan ketahanan jangka panjang kenderaan elektrik (EV) Geely.
Sentiasa Terhubung, Walau Di Hujung Dunia

Galaxy Cruiser bakal menggunakan satelit dua hala Geely yang dijangka dilancarkan hujung tahun ini, membolehkan kenderaan ini kekal dalam talian walaupun di lokasi tiada liputan. Apabila dilancarkan nanti, kenderaan Geely masih boleh memanfaatkan sistem navigasi, diagnostik dan AI secara berterusani tanpa gangguan.
Walaupun masih dalam bentuk prototaip, Galaxy Cruiser memberi bayangan jelas tentang hala tuju Geely dalam segmen SUV pintar yang berkemampuan off-road.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global
Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.
02-05-2025
Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!
Mercedes-Benz mendedahkan kereta konsep terbaharunya, Mercedes-Benz V Vison yang pada Auto Shanghai 2025, baru-baru ini.
28-04-2025
Auto Shanghai 2025: Panda Knight, Model Ranggi Yang Kecil Dari Axia
Diperkenalkan di pasaran China pada harga sekitar RM32,350, Panda Knight tampil ranggi dengan gaya seperti sebuah jentera off-road.
26-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?
Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia
Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: MG Cyber X Ditayang, Rekaan Paling WIN!
Boleh dikatakan antara rekaan yang paling menonjol di Auto Shanghai 2025 pada minggu ini jatuh kepada kereta konsep SUV MG Cyber X.
24-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Bakal Dedah Masa Depan Mobiliti Pintar
Chery bakal endedahkan barisan model dan trenkuasa hibrid serba baharu serta mobiliti pintar dalam pameran yang dikenali Chery Lifeto sempena Auto Show Shanghai 2025.
22-04-2025
Chery Perkenal Jenama Baharu, Lepas: Ini Model Pertama Lepas, Lepas L8!
SUV ini dikatakan banyak berkongsi rekaan dan dimensi dengan Tiggo 8 Plus.
22-04-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge