Auto Shanghai 2025: MG Cyber X Ditayang, Rekaan Paling WIN!

Boleh dikatakan antara rekaan yang paling menonjol di Auto Shanghai 2025 pada minggu ini jatuh kepada kereta konsep SUV MG Cyber X.
Kami bersependapat sedemikian kerana rekaannya tidak seperti trend biasa dalam kalangan jenama dari China dan kereta konsep ini juga tidak meniru sebarang rekaan SUV sedia ada di pasaran.
Malah, anda tidak akan menemui sebarang persamaan Mercedes-Benz G-Class atau Land Rover Defender pada kereta konsep MG ini.
Ia kelihatan cukup menawan kerana mempunyai sepasang lampu hadapan LED jenis pop-up di bahagian depan yang terletak di atas bar lampu selain menawarkan reka bentuk yang agak tipikal.


Selain itu, hud hadapan direka secara bertingkat, terdapat lencana MG di bahagian depan dan belakang,dan model ini turut dihiasi dengan rim dua tona. Di bahagian belakang pula, ia tampil dengan rekaan minimalis, lengkap dengan bar lampu belakang LED sepanjang badan.
Dari segi dimensi, MG Cyber X berukuran 4,300 mm (panjang) sekali gus menjadikannya ia lebih pendek sedikit berbanding crossover MG S5 EV yang baru sahaja diperkenalkan di Malaysia awal bulan ini.

Walaupun kami tidak berpeluang untuk melihat bahagian kabinnya, namun sumber dalaman melaporkan bahawa kokpit dan sistem kesambungannya telah dibangunkan bersama pembuat telefon pintar, Oppo.
Buat masa ini, butiran lanjut tidak didedahkan, namun kami yakin versi produksi konsep ini akan menjadi sebahagian daripada rancangan MG yang baru diumumkan untuk membangunkan dan melancarkan sehingga lapan model kenderaan elektrik (EV) baharu dalam tempoh dua tahun akan datang – termasuk SUV bersaiz besar, sedan, dan kereta sport.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA6371
SELANGOR
BSV3203
JOHOR
JH8465J
PULAU PINANG
PSH5781
PERAK
APN2480
PAHANG
CFJ4752
KEDAH
KGJ9386
NEGERI SEMBILAN
NEM6735
KOTA KINABALU
SJV3102
KUCHING
QAB859Q
Terakhir Kemas Kini 24 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
Sudah Dilancar Di UK, Adakah MG IM5, IM6 Bakal Menyusul Ke Malaysia, Kemungkinan YA!
MG IM5 dan IM6 kini dijual di UK, masing-masing bermula pada harga £39,450 (RM227,144) untuk IM5 dan £47,995 (RM276,344) untuk IM6.
11-07-2025
MG Dedah Imej Acah MGS5 EV, Pengganti MG ZS EV
Jenama automotif ikonik British, MG, bersedia untuk memperkenalkan model baharu MGS5 EV dalam masa beberapa minggu lagi.
05-03-2025
Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti
SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal.
09-09-2024
MG5 GT Dikemaskini, Hampir Menyerupai MG3?
SAIC Motor akhirnya memberikan sentuhan facelift kepada MG5 GT.
15-08-2024
Hanya Ada 100 Biji Cyberster Red Top Edition Tapi Ada Sebabnya
MG Motor melancarkan edisi khas roadster elektrik baru-baru ini.
02-02-2024
Maknanya, Jenama MG Akan Masuk M'sia Tak Lama Lagi!
Pengeluar kereta terkemuka British, Morris Garages (MG) sudah membuka laman web dan halaman Facebook rasminya semalam.
30-01-2024
Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global
Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.
02-05-2025
Berita Terkini
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

