ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Jenama baharu iCAUR tidak melepaskan peluang daripada melakukan penampilan sulungnya pada pameran Auto Shanghai 2025 sekali gus memberi bayangan bahawa ia akan muncul dalam pasaran global tidak lama lagi.

iCAUR yang menyasarkan  pengguna muda berjiwa muda menampilkan rekaan berani, teknologi pintar, dan menawarkan prestasi pemanduan yang menyeronokkan. Ia sebenarnya sesuai untuk mereka yang mahu cuba sesuatu yang baru tetapi pada masa sama, mengidamakan kenderaan yang mantap.

Untuk makluman, iCAUR adalah hasil kerjasama antara Chery, yang terkenal dengan kepakaran automotive manakala Smartmi Tech pula pakar dalam teknologi  berasaskan sambungan pintar dan gaya hidup digital.

Jadi, gabungan kepakaran kejuruteraan dan pemikiran digital ini membentuk hala tuju jelas buat jenama iCAUR.

Untuk itu, antara model pertama iCAUR adalah V23 dimana ia juga akan didedahkan pada pameran Malaysia Auto Show 2025 (MAS 2025), Mei nanti.

Melihat rekaannya, ia tampil dengan gaya berotot manakala grilnya jenis tertutup serta diapit dengan lampu bulat yang cukup comel. Walaupun lampunya Nampak kecil namun rekaan itu yang menonjolkan lagi rekaan uniknya.

Selain itu, bamparnya juga dilihat agak tebal, bonet depan pula  tinggi, manakala fendernya pula  lebar, selain ada juga pemijak sisi.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, V23 dilengkapi dengan paparan infotainmen bersaiz 15.4 inci dan hadir dengan susun atur tempat duduk 2+2.

Selain itu, ia menawarkan ruang kargo seluas 744 liter jika  tempat duduk barisan kedua direbahkan.

image.png

Di China, V23 juga ditawarkan dengan aksesori pilihan seperti lekapan rak bumbung ada  instrumen eko yang dipasang pada lajur stereng, dan skrin belakang yang dipasang di atas bumbung.

Melihat sahaja luarannya, anda sudah dapat agak bahawa V23 bukanlah sebuah kenderaan yang  biasa.

Dengan jarak kelegaan tanah 210 mm serta keupayaannya yang dapat meredah air sedalam  600 mm, membuatkan ia sesuai untuk digunakan untuk semua  permukaan jalan.

image.pngimage.png

Dari segi dimensi, iCar V23 mempunyai panjang 4,220mm, lebar 1,915mm, dan tinggi 1,845mm, dengan jarak roda sepanjang 2,735mm.

Ada juga desas-desus yang mengatakan ia akan dalam dua varian – satu motor dengan pacuan roda belakang (RWD) serta dua motor dengan pacuan semua roda (AWD).

Varian RWD dijana oleh motor elektrik 100kW (134 hp) dengan pek bateri litium ternari, manakala varian AWD pula menggunakan motor belakang yang sama tetapi dengan tambahan motor hadapan 55kW (74 hp) dan pek bateri litium besi fosfat.

Kelajuan maksimum bagi kedua-dua varian adalah 140 km/j.

Setakat ini, butiran lanjut  masihh belum diumumkan secara rasmi, namun varian RWD dikatakan mampu mencapai jarak lebih 400km, manakala AWD boleh mencapai lebih 500km.

Selain itu, difahamkan, ia dibina berasaskan  platform kenderaan baharu, V23 menggabungkan praktikaliti harian dan semangat pengembaraan.

Antara maklumat yang diketahui setakat ini adalah brisan produk global iCAUR ini terdiri daripada model kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik jarak jauh (REEV), dengan pilihan rekaan bergaya, lasak dan penuh teknologi pintar.

Sehubungan itu, iCAUR menyasarkan kehadiran di lebih 100 negara dan menubuhkan lebih 2,000 pusat jualan dan servis di seluruh dunia.

Apapun, teruskan bersama Carz.com untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai iCAUR pada pameran MAS 2025 nanti!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM3852

SELANGOR

BST1750

JOHOR

JC9584J

PULAU PINANG

PSE9781

PERAK

APK8973

PAHANG

CFH5273

KEDAH

KGH6908

NEGERI SEMBILAN

NEL5471

KOTA KINABALU

SJT6583

KUCHING

QAB4430P

Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-01-2026
Berita Auto
Kereta Baru
EV

07-11-2025
EV

06-10-2025
EV

02-10-2025
EV

23-05-2025

Berita Terkini

Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.