Rasmi! Pusat 3S iCAUR Pertama Kini Dibuka di Kota Kinabalu
Jenama automotif gaya hidup popular, iCAUR Malaysia, kini meluaskan empayarnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) rasmi yang pertama di Kota Kinabalu, Sabah.
Langkah strategik ini dikendalikan oleh Universal Icar Sdn Bhd bagi membawakan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) bertaraf dunia yang lebih dekat kepada warga Sabah.
Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Encik Francis Chin, berkata pembukaan pusat berkenaan merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha jenama itu memperkukuhkan rangkaian pengedarannya di seluruh negara.
"Pembukaan pusat 3S di Kota Kinabalu membawa pengalaman lengkap iCAUR lebih dekat kepada pelanggan di Sabah, sekali gus memastikan mereka menikmati tahap jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang setanding dengan pelanggan di Semenanjung Malaysia.
"Ketika ini, kami mempunyai 21 pusat jualan di seluruh negara dan menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu kepada 30 menjelang penghujung tahun 2026. Kami berkembang secara pesat tetapi strategik, dengan Sarawak dikenal pasti sebagai destinasi seterusnya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Malaysia Timur," katanya.


Dibina di atas keluasan 1,170 meter persegi, pusat 3S ini mampu mempamerkan sehingga empat buah kenderaan dan dilengkapi dengan tiga ruang servis khusus. Kemudahan lain termasuk ruang penyerahan kenderaan, dua ruang pengecasan EV persendirian, ruang istirahat pelanggan dengan Wi-Fi serta sajian ringan percuma, selain zon permainan interaktif.
Bagi pemilik dan peminat iCAUR di Sabah, anda boleh berkunjung ke pusat 3S ini yang terletak di CL015493615 Jalan Limau Manis, Off, Jln Lintas, Taman Iramanis, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Pusat Jualan:
- Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6.00 petang
- Sabtu: 8.30 pagi – 4.00 petang
- Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi – 3.00 petang
Pusat Servis:
- Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
- Sabtu: 8.00 pagi – 3.00 petang
- Ahad & Cuti Umum: Tutup
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen
Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!
20-05-2026
iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000
iCAUR Malaysia buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.
29-10-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia
Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.
25-04-2025
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
