Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!

Jenama Mercedes-Benz menjadi perhatian apabila mendedahkan kereta konsep terbaharunya, Mercedes-Benz V Vision yang pada Auto Shanghai 2025, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Mercedes-Benz Vision V Concept ini memberikan gambaran awal tentang model VLE dan VLS baharu yang akan datang, selain hadir dalam versi MPV elektrik mewah yang akan dibangunkan berasaskan platform baharu VAN.EA (Van Electric Architecture).
Hakikatnya, kereta konsep ini menampilkan rekaan luaran yang cukup menakjubkan selain jenama itu kini nampaknya "mengambil langkah seterusnya” dalam bidang reka bentuk terutamanya dari segi kecekapan aerodinamik.

Menariknya, Mercedes-Benz memberi petunjuk bahawa rekaan gril baharu yang luar biasa pada konsep ini menyerupai gril pada model EQS versi facelift, serta lampu hadapan baharu yang menonjol dan logonya pula jenis berlampu.
Jadi, ada kemungkinan besar ia akan digunakan dalam versi produksi akhir nanti.
Sementara itu, rekaan lampu belakangnya kelihatan cukup futuristik namun ia sebenarnya akan ditampilkan dalam versi yang lebih sederhana.
Secara keseluruhan, kami menjangkakan versi akhir akan direka dengan gaya yang lebih menarik berbanding kereta konsep yang ditunjukkan ini memandangkan rekaannya agak keterlaluan.


Selain bahagian luarannya, Mercedes-Benz juga memberikan perhatian yang melampau kepada ruang dalaman Vision V Concept. Ia dilihat menampilkan susun atur empat tempat duduk dengan reka bentuk yang cukup melampau serta mewah dan elegan.
Niatnya adalah untuk mencipta sebuah “ruang lounge peribadi” untuk penumpang belakang.

Ciri ini jelas kelihatan melalui penggunaan kulit Nappa yang mewah, namun tarikan utama sebenarnya ialah skrin gergasinya yang berukuran 65 inci. Skrin ini juga berfungsi sebagai dinding pemisah, dan dipadankan dengan sistem audio yang mempunyai 42 pembesar suara.

Selain itu, terdapat tujuh projektor yang mampu mencipta suasana berbeza, diikuti dengan tingkap belakang yang boleh bertukar dari lutsinar secara elektronik. Difahamkan, terdapat tujuh mod yang ditawarkan di sini termasuk “karaoke”, “permainan”, dan “santai”.

Bagi penumpang belakang pula, mereka disediakan dengan dua tempat duduk ala-ala berada dalam pesawat. Tempat duduk ini bukan sahaja boleh direbahkan sepenuhnya, malah diperbuat daripada kusyen berbentuk tiub, dan kami akui ia kelihatan cukup empuk dan selesa.
Mungkin bahagian paling realistik dalam konsep ini ialah bahagian kokpitnya.
Terdapat beberapa ciri yang digunakan dalam versi produksi nanti termasuk stereng, paparan Superscreen tiga skrin yang diambil daripada model CLA baharu, serta saluran penghawa dingin dengan rekaan kristal yang baharu.
Apapun, keluasan ruang dalaman yang besar ini dapat direalisasikan menerusi penggunaan platform modular VAN. dimana ia akan dilengkapi dengan sistem elektrik 800-volt, serta pilihan rangkaian kuasa pacuan hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD) yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 500 KM.

Hakikatnya, Mercedes-Benz sebenarnya berhasrat untuk bersaing dengan model seperti Volvo EM90 dan Lexus LM menerusi versi produksi Vision V Concept ini nanti.
Jadi, apa pendapat anda adakah Mercedes-Benz mampu menyaingi mereka?
Kongsikan pandangan anda di ruangan bawah...
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat