Auto Shanghai 2025: Semakin Ramai Percaya Jenama Chery: Chery Letak Sasaran Jualan Global 1 Juta Unit

Syarikat pengeluar automotif China, Chery Holding Group, meletakkan sasaran jualan global sebanyak 1 juta unit dalam dua tahun lagi selain komited untuk menembusi pasaran di 160 negara, tidak lama lagi.
Sasaran yang diletakkan itu dilihat berasas memandangkan Chery ketika ini, sudah pun menembusi lebih 120 negara.
Maka, jumlah itu dikatakan akan meningkat kepada 160 negara dalam tempoh terdekat ini.
Lagipun, setakat ini, Chery mempunyai 3,000 pengedar serta pembeli yang berasal dari 97 buah negara di seluruh dunia.
Presiden Chery International, Zhang Guibing, berkata, pada tahun lepas, Chery mencatatkan jualan eksport sebanyak 1.15 juta unit berbanding 466,000 unit pada 2022.
"Dengan pelancaran pelbagai model baharu serta perancangan masa depan yang agresif, kami yakin jumlah jualan akan terus kekal melebihi satu juta unit," katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran model baharu di bawah Kumpulan Chery sempena Pameran Auto Shanghai 2025 di Shanghai, China, sebentar tadi.
Tambah beliau, pasaran Eropah dilihat menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan kerana semakin ramai pelanggan mula mempercayai jenama Chery serta sub-jenamanya.
"Lagipun, Chery kini menawarkan pelbagai sistem enjin termasuk teknologi plug-in hybrid (PHEV) dan enjin pembakaran dalaman generasi baharu yang lebih cekap dan mesra alam.
"Kami percaya kelebihan dalam teknologi membolehkan Chery menjadi jenama automotif nombor satu dunia pada masa depan," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM2064
SELANGOR
BST1341
JOHOR
JC8499J
PULAU PINANG
PSE9405
PERAK
APK8506
PAHANG
CFH5140
KEDAH
KGH6648
NEGERI SEMBILAN
NEL5296
KOTA KINABALU
SJT6377
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat