Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Selain Toyota GR Yaris 2025 transmisi 8AT yang didedahkan Carz.com semalam, nampaknya UMW Toyota Motor (UMWT) turut mengemaskini model rangkaian model berprestasinya Toyota GR Supra Track Edition 2025 yang dijual pada harga RM698,000 namun tidak termasuk insurans.
Untuk makluman anda, Track Edition ini sebenarnya menggantikan model standard GR Supra yang ditawarkan sebelum ini. Seperti sebelumnya, kedua-dua pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 8-kelajuan masih tersedia untuk coupe sporty ini yang dibangunkan bersama BMW.





Antara penambahbaikan yang dilakukan pada Track Edition ialah penggunaan unit adaptif AVS, yang bertujuan untuk menawarkan lebih cengkaman, manakala sistem stereng kuasa elektrik dan limited slip differential ditala semula untuk memberikan maklum balas yang lebih stabil apabila menelusuri selekoh Ketika berada pada kelajuan tinggi


Malah, sistem breknya juga telah ditambah baik memandangkan cakera hadapan kini berdiameter 374 mm dan dipadankan bersama angkup Brembo empat piston berwarna merah dengan logo GR.

Selain itu, control arm telah diperkuat, palang penstabil lebih tegar, casisjuga dikuatkan dengan stabiliser bar serta getah yang lebih keras.
Track Edition ini juga memperkenalkan satu siri komponen aerodinamik yang dipertingkatkan melalui tayar hadapannya, flap aero, serta spoiler "ducktail" pada penutup but yang diperbuat daripada gentian karbon. Secara visual, ia sebenarnya menambahkan lagi tarikan coupe sporty ini dari sudut tepi.
Mengenai tayarnya tiada perubahan dilakukan kerana Track Edition ini masih menggunakan rim aloi 19 inci yang dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Super Sport berprestasi tinggi, dengan profil hadapan-belakang tidak seimbang masing-masing 255/35 dan 275/35.


Menjengah bahagian kabin, edisi Track Edition untuk pasaran Malaysia hadir dengan kombinasi upholsteri Alcantara hitam dan kulit, serta diserlahkan warna kontra merah. Rona merah ghairah ini menghiasi bahagian tali pinggang keledar, kemasan tempat duduk, jahitan kontras, serta pada tombol penukar gear manualnya.

Dari segi mekanikal, Toyota GR Supra Track Edition 2025 tidak mengalami sebarang perubahan berbanding model GR Supra ‘biasa’. Sebagai peringatan, coupe sporty ini dikuasakan oleh enjin BMW B58 3.0-liter turbo berkembar dengan konfigurasi enam silinder sebaris.
Bagi mereka yang biasa dengan enjin ini yang turut digunakan dalam BMW M340i xDrive dan BMW X5 xDrive50e M Sport — pasti tahu bahawa ia mampu menghasilkan kuasa setakat 388 PS dan tork 500 NM, manakala kuasanya dihantar ke roda belakang. Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.1 saat (automatik) dan 4.3 saat (manual).
Maka tidak hairanlah mengapa Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

Harga tersebut termasuk perlindungan jaminan selama 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had. Namun, GR Supra versi biasa yang ditawarkan sebelum ini berharga RM645,000 (manual) dan RM655,000 (automatik).
Selain daripada edisi khas ‘Final Edition’ yang ditawarkan cuma 300 unit, ini mungkin merupakan GR Supra generasi A90 terakhir yang ditawarkan secara rasmi di Malaysia sebelum model ini menghentikan pengeluarannya pada akhir tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4125
SELANGOR
BSP6302
JOHOR
JYV8514
PULAU PINANG
PSB8651
PERAK
APH1767
PAHANG
CFG3955
KEDAH
KGF6409
NEGERI SEMBILAN
NEK2944
KOTA KINABALU
SJR6942
KUCHING
QAB6991N
Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat