ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena pembukaan musim siri Toyota Vios Challenge 2025 yang diadakan pada hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), UMW Toyota Motor (UMWT) tidak melepaskan peluang  untuk memperkenalkan dua varian model berprestasi tinggi yang baharu.

Di pasaran tempatan, terdapat dua model yang ditawarkan iaitu 2025 Toyota GR Yaris 8AT dan GR Supra Track Edition.

Bagaimanapun, UMWT sudah pun melancarkan Toyota GR Yaris 2025MY versi facelift  pada Januari lalu. Ketika itu, ia hanya ditawarkan dalam varian transmisi manual 6-kelajuan (6MT) dan kini ia hadir dengan transmisi automatik lapan-kelajuan (8AT).

image.png

Untuk makluman, antara penambahbaikan utama adalah pilihan transmisi automatik 8-kelajuan Gazoo Racing Direct atau DAT, yang didorong oleh pengerusi Akio Toyoda sendiri.

Penggunaan DAT menjanjikan GR Yaris lebih mesra untuk kegunaan harian dan pada masa sama  yang sama, menjadikannya sebagai kereta berprestasi yang lebih  mudah diakses.

image.png

Transmisi itu yang digandingkan dengan enjin 1.6 liter 3 -silinder mampu menghasilkan kuasa setakat 300 PS dan tork 400 Nm dan hadir dengan sistem pacuan semua roda (AWD) GR Four yang dipertingkatkan. 

Malah, dengan adanya kawalan pelancar ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa  5.2 saat.

Toyota GR Yaris 8AT 2025 yang ditawarkan oleh UMWT ini dilengkapi secara standard dengan Cooling Package.

Ini kerana janaan enjin lebih tinggi ini serta penggunaan kotak gear automatik memerlukan prestasi penyejukan yang ditambah baik, jadi penyejuk ATF adalah standard untuk versi automatik.

Selain itu, sebuah sub-radiator, masukan udara sejuk dan intercooler kini  turut disediakan dalam pilihan pakej tersebut.

Satu-satunya perbezaan di dalam kabin varian 8AT ialah ia tidak mempunyai pedal klac dan kini hadir dengan paddle shifter.

image.png

Selain itu, unit GR Yaris 8AT yang ditawarkan oleh UMWT juga dilengkapi dengan pakej sistem bantuan pemandu (ADAS) Toyota Safe Sense 3.0 (TSS 3.0). Ini membawakan sistem Pra-Pelanggaran dan Kawalan Jelajah Radar yang dipertingkatkan, serta Bantuan Pengesanan Lorong.

image.png

Kami juga mendapati suite TSS 3.0 dalam GR Yaris 8AT menampilkan 'Mod Expert" tambahan yang melepaskan sepenuhnya semua sistem bantuan dan kestabilan untuk memberikan kawalan yang lebih dinamik.

Sehubungan itu, model ini boleh didapati melalui pengedar GR Garage terpilih dengan harga RM325,600. Harganya itu termasuk dengan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Bagaimanapun, harganya itu hanya RM10,000 lebih daripada varian 6MT yang dilancarkan sebelum ini.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT1627

SELANGOR

BSU2839

JOHOR

JF3863J

PULAU PINANG

PSG2160

PERAK

APL9760

PAHANG

CFH9475

KEDAH

KGJ3815

NEGERI SEMBILAN

NEM2131

KOTA KINABALU

SJU4548

KUCHING

QAB7237P

Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-07-2026
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru

10-01-2026
Kereta Baru

09-01-2026
Berita Auto

22-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.