EV Kompak Konsep Chery QQ Bakal Buat Kemunculan Rasmi Di Auto Shanghai Nanti

Kereta konsep Chery QQ
Syarikat automotif China, Chery, menghidupkan kembali model hatchback QQ di China setelah mendedahkan beberapa imej model konsep Chery QQ. Model dengan gaya badan futuristik ini dijangka akan didedahkan secara rasmi di Auto Shanghai 2025 yang akan datang.
Model konsep ini merupakan bayangan kepada QQ generasi terbaru, menggantikan versi yang sebelum ini dihentikan pengeluarannya pada tahun 2014 kerana sambutan yang kurang memberangsangkan.
Model Kompak dengan Sentuhan Futuristik

Seperti model sebelumnya, konsep Chery QQ baharu ini mengekalkan gaya badan hatchback kompak, namun dengan sentuhan futuristik seperti ketiadaan gril pada sudut depan dengan lampu LED geometri.
Dari tepi, ciri futuristik terserlah dengan permukaan badan yang rata, pemegang pintu tersembunyi, kamera sisi digital dan rim separa tertutup. Logo QQ juga dapat dilihat di tengah-tengah rim dan pada tiang C.
Trenkuasa Elektrik
Walaupun butiran lanjut mengenai spesifikasinya tidak banyak didedahkan, kami difahamkan bahawa QQ baharu ini akan dilengkapi dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya. Model ini dijangka akan menawarkan prestasi yang setanding dengan hatchback elektrik kecil dari pengeluar China lain seperti Geely Geome Xingyuan dan Dongfeng Nammi Box.
Sejarah QQ

Chery QQ3
Pada asalnya diperkenalkan pada tahun 2003, Chery memasarkan model siri QQ sebagai "kereta pertama untuk golongan muda," dengan model pertama, QQ3, dijual pada harga serendah CNY 29,900 (~RM18,266) ketika itu.
Di 'zaman kemegahan' model ini, Chery berjaya menjual lebih daripada 40,000 unit QQ setiap tahun, dengan jualan bulanan melebihi 10,000 unit pada tahun 2005 dan jualan kumulatif melebihi 1.4 juta unit.

Sejak siri QQ dihentikan lebih satu dekad yang lalu, EV bandar semakin mendapat tempat di hati pengguna. Ini mungkin menjadi faktor utama mengapa Chery memilih untuk menghidupkannya kembali.
Seperti yang dikatakan, model konsep QQ ini akan membuat kemunculan umum yang pertamanya di Auto Shanghai 2025 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Lebih banyak maklumat mengenai EV comel ini dijangka akan didedahkan menjelang tarikh kemunculannya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik
Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3.
04-09-2025
Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global
Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.
02-05-2025
Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!
Mercedes-Benz mendedahkan kereta konsep terbaharunya, Mercedes-Benz V Vison yang pada Auto Shanghai 2025, baru-baru ini.
28-04-2025
Auto Shanghai 2025: Panda Knight, Model Ranggi Yang Kecil Dari Axia
Diperkenalkan di pasaran China pada harga sekitar RM32,350, Panda Knight tampil ranggi dengan gaya seperti sebuah jentera off-road.
26-04-2025
Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?
Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia
Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.
25-04-2025
Auto Shanghai 2025: Geely Galaxy Cruiser SUV Masa Depan Yang Boleh ‘Berlayar’ Atas Air
Geely menggegarkan pentas Auto Shanghai 2025 dengan pengenalan SUV konsep futuristik, Galaxy Cruiser, yang direka dengan kemampuan kemampuan luar biasa.
24-04-2025
Auto Shanghai 2025: MG Cyber X Ditayang, Rekaan Paling WIN!
Boleh dikatakan antara rekaan yang paling menonjol di Auto Shanghai 2025 pada minggu ini jatuh kepada kereta konsep SUV MG Cyber X.
24-04-2025
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat