ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Malaysia Dedah Imej Acah Tank 500, Dilancarkan Mei Nanti?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Screenshot-2025-04-10-102716.jpg


GWM Malaysia dedah imej acah sebuah jentera gergasi  yang dipercayai Tank 500


GWM Malaysia melalui media sosial rasminya mendedahkan imej acah yang memaparkan bentuk badan SUV 4x4 premium, GWM Tank 500.  Perkongsian imej model yang pertama kali dipertontonkan kepada umum di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) pada Disember tahun lalu ini menandakan kemunculan rasminya di pasaran tempatan tidak lama lagi. 


Bakal Tiba di Malaysia Autoshow 2025


Walaupun tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan setakat ini, semua petunjuk mengarah kepada kemunculan sulungnya sempena acara Malaysia Autoshow 2025 yang bakal berlangsung di MAEPS, Serdang dari 9 hingga 15 Mei depan.


Spesifikasi Sama dengan Thailand?


GWM-TANK-500---CARICARZ---1.jpg


Setakat ini, spesifikasi untuk pasaran Malaysia masih dirahsiakan. Namun, rujukan kepada model pasaran Thailand memberikan gambaran awal. Di sana, Tank 500 hadir dengan susun atur kabin tiga baris, tujuh tempat duduk serta enjin 2.0L turbo 4 silinder digabungkan dengan motor elektrik hibrid tunggal.


image.png


Gabungan ini memberikan jentera output kuasa setinggi 345 hp dan tork maksimum 616 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda menerusi transmisi automatik hidraulik 9 kelajuan serta sistem AWD milik GWM. SUV ini turut menawarkan 11 mod pemanduan serta kunci diferensial elektronik untuk gandar hadapan dan belakang.


Teknologi Off-Road yang Canggih


Antara teknologi pemanduan off-road termasuk ciri kawalan jelajah (cruise control) khas untuk permukaan laluan yang mencabar, pengesan kedalaman air dan mod “Body Transparent” yang memaparkan rupa bumi di bawah kenderaan menerusi kamera luaran. Turut disediakan ialah ciri "Tank Turn" seperti yang terdapat pada Tank 300.


Rekaan Gagah dengan Sentuhan Mewah


Dari segi rekaan, Tank 500 mengekalkan identiti lasak seperti Tank 300, namun tampil lebih premium dengan gril krom besar, lampu depan dan lampu kabus LED. Di belakang pula, terdapat tayar ganti yang dipasang di luar, lampu menegak LED dan pelindung bawah (skid plate) perak.


Kabin Canggih dan Mewah


GWM-TANK-500---CARICARZ---6.jpgGWM-TANK-500---CARICARZ---5.jpg


Di dalam, penumpang disambut dengan ruang kabin mewah serta teknologi canggih termasuk skrin sesentuh 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, sistem audio premium dengan 12 pembesar suara, kerusi hadapan kuasa dengan fungsi memori, serta balutan kulit Nappa.


Ciri Keselamatan Moden


Antara ciri keselamatan standard termasuk kamera undur dan brek kecemasan automatik (AEB). Untuk varian paling tinggi, Pro, di Thailand, ia turut dilengkapi kawalan jelajah adaptif (ACC).


Baca: GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta


Harga Jualan


Di Thailand, GWM Tank 500 dijual pada harga bermula THB2.05 juta (~RM328,000). Bagaimanakah agaknya harga yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia kelak? Sama-sama kita nantikan kehadiran rasmi SUV ini. 


Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my

Baca: Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-09-2026
Kereta Baru

22-05-2026
Berita Auto

02-04-2026
Berita Auto

11-02-2026
Kereta Baru

29-01-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

07-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.