ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta terbesar di China, Chery mengumumkan ketibaan model terbaharu hybrid yang dikenali sebagai Chery Super Hybrid (CSH) dimana ia akan  turut ditampilkan di Malaysia, tidak lama lagi.

image.pngimage.png

Selain  Tiggo 8 PHEV yang ditayangkan pada Auto Shanghai 2025, nampaknya satu lagi model CSH, Chery Tiggo 4 HEV,  juga akan didedahkan di Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Model ini sebenarnya sudah pun ditunjukkan kepada kami sempena  Chery International Business Summit 2025 (CIBS 2025) pada minggu lalu.

image.pngimage.png

Sebenarnya, Tiggo 4 HEV pada asalnya adalah versi hibrid siri-paralel (HEV) bagi SUV sub kompak Tiggo 4, yang juga dikenali sebagai Chery Tiggo Cross di pasaran seperti Indonesia dan Thailand.

Melihat penampilan luarannya, Tiggo 4 HEV kelihatan agak serupa dengan Tiggo 4 Pro versi facelift yang dijual di Indonesia dan Thailand.

Ia mengekalkan banyak ciri yang sama dengan   Tiggo 7 dan Tiggo 8, terutama dari segi gril hadapan berbentuk heksagon dengan corak berbentuk berlian, lampu hadapan LED yang tajam dengan lampu nyalaan siang hari jenis menegak, serta lampu belakang LED.

image.pngimage.png

Selain itu, tertera logo  ‘Hybrid’ di bahagian belakang yang sebenarnya  membezakan model HEV ini daripada varian enjin pembakaran dalaman.

image.png

Dari segi dimensi, Tiggo 4 HEV berukuran panjang 4,318 mm, lebar 1,831 mm, tinggi 1,665 mm dan mempunyai jarak roda  2,610 mm, yang meletakkannya ia sama dengan SUV crossover subkompak lain seperti Honda WR-V, Perodua Ativa, dan Mazda CX-3.

Selain persamaan di bahagian luaran, kabinnya juga agak sama dimana kenderaan hibrid crossover ini mengekalkan susunan dwi-skrin di bahagian hadapan yang sama seperti kembar petrolnya.

HEV ini mempunyai konsol tengah yang telah  direka semula, ada tombol penukar gear yang lebih minimalis dan panel kawalan suhu digital yang baharu, dan pengecas tanpa wayar telah diposisikan semula.

image.pngimage.png

Perbezaan paling ketara antara Tiggo 4 HEV dan versi petrol adalah versi HEV ini menggantikan enjin 1.5-liter 4-silinder turbo petrol dengan sistem janaan kuasa HEV khas.

image.pngimage.png

Sistem ini terdiri daripada  enjin petrol 1.5-liter 4-silinder  yang menghasilkan 97 hp  dan tork 118 Nm, manakala  transmisi hibrid khas 3-kelajuan (DHT) pula dilengkapi dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setakat 201 hp  dan  tork 310 Nm.

Tiggo 4 HEV menawarkan kadar penggunaan bahan api yang agak mengagumkan iaitu 5.4 liter bagi setiap 100 km manakala Chery mendakwa secara keseluruhannya, model ini sebenarnya mampu melakukan perjalanan sehingga 1,000 km..

image.png

Di sebalik itu, timbul pula berita mengenai rancangan Chery Malaysia untuk memperkenalkan Tiggo 4 (atau Tiggo Cross) ke pasaran tempatan.

Ini kerana, Chery sebelum ini ada mengumumkan bahawa SUV  itu akan dilancarkan sekitar suku keempat tahun lalu sebelum ditangguhkan tanpa mendedahkan tarikh baharu.

Dengan versi hibridnya sudah pun dipertontonkan, ada kemungkinan Chery Malaysia akan melancarkan Tiggo 4 HEV bersama versi enjin pembakaran dalaman sekali gus, menjadikannya satu-satunya model berkuasa hibrid dalam  kalangan pesaingnya.

Jadi, apa pendapat anda tentang Chery Tiggo 4 HEV? Adakah anda lebih suka Chery Malaysia membawa masuk SUV subkompak berkuasa hibrid ini berbanding versi turbo dengan enjin pembakaran biasa?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9305

SELANGOR

BSQ9152

JOHOR

JYB433

PULAU PINANG

PSD1857

PERAK

APJ3062

PAHANG

CFG8124

KEDAH

KGG5705

NEGERI SEMBILAN

NEK6837

KOTA KINABALU

SJS4608

KUCHING

QAB223P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

29-04-2025
Global

29-04-2025
Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.