ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser  Omoda C7 di  media sosial, sekali gus  memberi bayangan bahawa model Omoda C7 bakal menembusi pasaran kita, tidak lama lagi.

Ini kerana ia sudah didedahkan pada  Auto Shanghai 2025 baru-baru ini dan model ini dijangka akan membuat penampilan sulung  pada Malaysian Autoshow 2025 (MAS 2025) yang akan diadakan di MAEPS, Serdang pada Mei ini.

Model ini diletakkan di antara Omoda C5  (juga dikenali sebagai Chery Omoda 5 di pasaran kita) dan Omoda C9, Omoda C7.

image.png

Ia hadir dengan hasil  reka bentuk   dengan prototaip yang telah dipratonton semasa Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa Chery tahun lalu, namun penambahbaikan ketara telah dilakukan pada bahagian hadapan dan belakang bagi menunjukkan ia lebih tajam dan  moden.

Menjengah  bahagian hadapannya, C7 menampilkan gril berbentuk X tanpa bingkai yang unik, diapit dengan lampu depan jenis nipis .

Walaupun tiada ukuran rasmi didedahkan, Omoda C7 dijangka mempunyai saiz yang hampir sama dengan Jaecoo J7 iaitu berukuran sekitar 4,600 mm panjang dan jarak roda 2,700 mm.

Menjengah bahagian kabinnya, ia nyata  menawarkan pengalaman mewah dengan penggunaan bahan premium, selain terdapat paparan infotainmen jenis boleh pusing yang berukuran  15.6 inci, dan sistem audio 14 pembesar suara. 

image.png

Apa yang cukup menarik ialah kabin VIP yang sangat senyap kerana ia direka untuk memberikan suasana tenang manakala tempat duduk penumpang hadapan dilengkapi dengan  dengan fungsi urut.

image.pngimage.png

Untuk makluman, varian hibrid ini dikuasakan oleh Sistem Super Hybrid (SHS) yang serupa dengan sistem yang digunakan pada Jaecoo J7 PHEV. Ia menggabungkan enjin Hibrid TGDi 1.5 liter selain ada  motor elektrik hadapan, serta  pek bateri berkapasiti 18.3 kWj.

Ini bermakna, sistem ini menawarkan output gabungan sebanyak 347 PS dan 525 NM, serta memberikan jarak pemanduan maksimum  melebihi 1,300 KM. Ia juga menyokong pengecasan pantas DC 40 kW serta dilengkapi dengan fungsi V2L terbina dalam 3.3 kW.

image.png

Malah, Omoda C7 turut dilengkapi dengan rim bersaiz 20 inci, bumbung  panoramik, tempat duduk dibaluti dengan kulit Nubuck, ada pengecasan tanpa wayar dan paparan head-up.

Di Malaysia, C7 dijangka akan dipasarkan di bawah jenama Jaecoo oleh Chery Malaysia, mengikut pendekatan yang sama seperti pelancaran terkini Omoda C9. 

Strategi ini dikatakan seirig   dengan rancangan global Chery untuk menyatukan model Omoda dan Jaecoo di bawah jenama Jaecoo namun hanya di pasaran terpilih. Satu-satunya pengecualian adalah Omoda 5 yang dilancarkan sebelum penubuhan Jaecoo Malaysia, yang mana ia masih menggunakan jenama Chery.

Sementara itu, satu lagi perkara menarik ialah penampilan sulung subjenama baharu Chery, iCaur, yang dijangka akan memperkenalkan model pertamanya, iCaur V23 di MAS 2025.

Malangnya, masih belum jelas sama ada iCaur akan beroperasi di bawah Chery atau sebagai jenama yang berdiri sendiri. Ini akan menjadi butiran penting untuk diperhatikan ketika Kumpulan Chery mengembangkan portfolio jenamanya di Malaysia.

Bagi pengetahuan anda,  MAS 2025 yang bakal berlangsung di MAEPS, Serdang pada bulan hadapan dari 9 Mei hingga 15 Mei. Pameran ini kan menjadi acara penting dalam strategi pertumbuhan Kumpulan Chery di negara ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM3852

SELANGOR

BST1750

JOHOR

JC9584J

PULAU PINANG

PSE9781

PERAK

APK8973

PAHANG

CFH5273

KEDAH

KGH6908

NEGERI SEMBILAN

NEL5471

KOTA KINABALU

SJT6583

KUCHING

QAB4430P

Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

31-10-2023
Kereta Baru

23-10-2023
Kereta Baru

05-03-2026
Global

28-04-2025
Berita Auto

08-04-2025
Kereta Baru

26-03-2025
Berita Auto

21-03-2025
Kereta Baru

17-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut

Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.

24-08-2026
Berita Auto

Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini

Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.

23-08-2026
Berita Auto

Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.

23-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.